Jumaat, 11 Disember 2015 | 11:12am

Saham KL dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia dibuka tinggi didorong minat belian baharu seiring prestasi lebih baik bursa serantau.

Pada jam 9.10 pagi, penanda aras pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.78 peratus pada 1,649.43 selepas dibuka naik 1.46 mata pada 1,650.11.

Jajaran pasaran adalah positif dengan kaunter untung atasi rugi sebanyak 136 berbanding 66, 140 kaunter tidak berubah, 1,430 tidak diniagakan dan 29 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 93.08 juta saham bernilai RM38.83 juta.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals naik empat sen kepada RM6.72, Maybank turun lima sen kepada RM8.36, TNB turun empat sen kepada RM13.18 manakala Public Bank dan Axiata tidak berubah masing-masing pada RM18.24 dan RM6.06.

Antara kaunter aktif Red Sena, Instacom dan KNM naik setengah sen masing-masing kepada 38 sen, 28.5 dan 50.5 sen, Eden Inc naik 1.5 sen kepada 27 sen dan Red Sena warran tidak berubah pada lapan sen. - BERNAMA

Berita Harian X