Isnin, 7 Disember 2015 | 9:15pm

Van Gaal mahu Schweinsteiger lebih menyerlah

PEMAIN Manchester United, Bastian Schweinsteiger. - Foto AFP
PEMAIN Manchester United, Bastian Schweinsteiger. - Foto AFP

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Louis van Gaal mengkritik prestasi pemain tengahnya, Bastian Schweinsteiger, dengan menegaskan dia menaruh persembahan lebih baik daripada pemain kebangsaan Jerman itu.

Schweinsteiger sering kali diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan, namun peranannya di bahagian tengah dikritik hebat kerana gagal mencipta lebih banyak peluang berharga.

Van Gaal yang pernah bersama dengan pemain berusia 31 tahun itu di Bayern Munich sebelum ini berkata, penyokong United masih belum dapat melihat aksi sebenar Schweinsteiger.

"Sebab utama kenapa kami membeli Schweinsteiger adalah kerana dia seorang pemain yang mampu memimpin dan membimbing sesebuah pasukan.

"Ia bukan hanya kerana kebolehannya dalam bola sepak. Namun, sehingga hari ini, kami masih belum dapat melihat persembahan terbaik Schweinsteiger, pemain yang pernah saya lihat di Bayern Munich," katanya.

Pengendali berusia 64 tahun itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut corak permainan Schweinsteiger yang tidak digemarinya dengan berkata, ia adalah sesuatu yang hanya harus dibincangkan antara pemain dan pengurus.

"Apapun saya tahu yang dia mampu melakukan sesuatu yang lebih baik." katanya. - Agensi

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X