Isnin, 7 Disember 2015 | 12:49pm
Ketua Jualan dan Pemasaran, Zalman Aefendy Zainal Abidin.

Celcom tawar hadiah hargai pelanggan

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd menawarkan pelbagai hadiah bernilai jutaan ringgit menerusi kempen penghargaan terbesarnya berakhir Februari tahun depan dalam usaha syarikat itu menghargai pelanggan baharu dan sedia adanya. 

Ketua Jualan dan Pemasaran, Zalman Aefendy Zainal Abidin, berkata kempen itu dibahagikan tiga bahagian dengan bahagian pertama membabitkan pemberian tiket menonton wayang percuma bernilai RM1 juta seluruh negara hingga 6 Januari 2016. 

Katanya, menerusi langkah itu, Celcom menjadi syarikat telekomunikasi pertama yang menawarkan hadiah penghargaan terbesar eksklusif kepada pelanggan setianya yang melanggan pelan internet mudah alih Xpax, pengguna baharu yang mendaftar pelan FIRST dan pembelian Max Up. 

"Pelanggan yang membeli salah satu daripada tiga tawaran terbabit akan menerima SMS dengan kod hadiah yang perlu ditebus menerusi laman web Xpax atau Celcom. 

"Kempen ami akan diteruskan untuk bulan Januari dan Februari dengan pelbagai tawaran yang lebih menarik bernilai jutaan ringgit," katanya kepada media di sini, hari ini.

Berita Harian X