Selasa, 1 Disember 2015 | 11:19am
MENTERI Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun berbual bersama sebahagian malim gunung sempena pembukaan semula aktiviti mendaki ke puncak Gunung Kinabalu hari ini.

ANTARA pelancong asing yang mendaki pada hari pertama pembukaan semula pendakian ke puncak Gunung Kinabalu, hari ini.

135 pendaki menuju puncak Gunung Kinabalu

MENTERI Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun melepaskan 135 pendaki pertama ke puncak Gunung Kinabalu yang dibuka semula hari ini.

RANAU: Seramai 135 pendaki termasuk 20 wakil media memulakan pendakian kali pertama ke puncak Gunung Kinabalu pagi tadi yang dibuka semula menggunakan laluan baharu selepas gempa bumi bermagnitud 5.9 mengorbankan 18 nyawa pada 5 Jun lalu.

Pendakian bermula jam 9 pagi tadi dilepaskan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun yang mana pendaki dijangka tiba di pertengahan laluan iaitu di Laban Rata pada jam 2 petang ini.

Mereka seterusnya memulakan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu melalui Jalan Ranau pada jam 2 pagi esok dan dijangka tiba ke puncak sekitar jam 6 atau 7 pagi.

Difahamkan, laluan baharu itu membabitkan jarak sepanjang 1.8 kilometer, iaitu 700 meter lebih jauh berbanding laluan ke puncak melalui Laban Rata-Sayat-Sayat iaitu 1.1 kilometer sebelum gempa bumi.

Pendakian di laluan baharu dinamakan Jalan Ranau itu juga menggunakan lebih banyak tangga yang dibina di bahagian curam, sekali gus memerlukan pendaki memiliki ketahanan fizikal terutama di bahagian lutut.

Berita Harian X