X
Ahad, 23 November 2014 | 4:40am

Contohi cara Tun Abdul Razak mengemudi UMNO

Antara faktor utama Tun Abdul Razak Hussein mendapat sokongan yang kuat daripada rakyat pelbagai kaum sepanjang menjadi Perdana Menteri ialah kerana kukuhnya perpaduan dalam kalangan bangsa dan pengundi Melayu.

Perpaduan dan kesatuan orang Melayu menyumbang kepada sokongan daripada bukan Melayu dan kestabilan negara. Tun Abdul Razak ketika itu membentuk dasar yang jelas dan tepat bagi memenuhi kehendak kaum majoriti selaras peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Kontrak Sosial.

Menurut Pensyarah Universiti Malaysia Sabah, Prof Madya Dr Mohd Noor Yazid, rancangan pembangunan politik, ekonomi, pendidikan dan sosial Tun Abdul Razak adalah jelas ke arah pembentukan sebuah negara yang kuat bertunjangkan dominasi kumpulan utama. Tun Abdul Razak berjaya membentuk perpaduan majoriti iaitu menggabungkan dua parti Melayu, UMNO dan PAS, justeru, mampu memperkukuhkan agenda dan perjuangan Melayu. Apabila kesatuan dan kekuatan bangsa Melayu berjaya dibentuk, sokongan dan perpaduan kaum lain menjadi lebih mudah.

Rancangan ekonomi Tun Abdul Razak yang berasaskan rancangan pembangunan orang Melayu (dan kaum lain yang miskin) di bawah Dasar Ekonomi Baru, selaras Perkara 153 Perlembagaan. Begitu juga dalam pembinaan sosiobudaya, pelajaran dan bahasa; beliau melaksanakan beberapa langkah bagi mengukuhkan bangsa Melayu yang antara lain meluluskan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama pentadbiran dan pendidikan serta menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970 yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Ini semua dilaksanakan bukan secara integratif tetapi secara asimilatif, tidak menolak hak kaum lain, malah diterima baik oleh bukan Melayu kerana tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan turut memberi manfaat kepada mereka.

Pemimpin berwawasan

UMNO dan pemimpinnya hari ini perlu mengkaji semula asas dan budaya politik yang digariskan Tun Abdul Razak serta mengambil teladan daripadanya. Satu perkara yang boleh diambil iktibar ialah sebarang dasar dibuat atau tindakan diambil jangan hanya berkepentingan jangka pendek, bersifat populis atau untuk tujuan pilihan raya saja.

Tun Abdul Razak seorang pemimpin berwawasan yang bertindak atas dasar ingin membina sebuah negara-bangsa yang mantap dalam jangka panjang. Oleh itu, pemimpin UMNO hari ini harus berani dan beringat, agar tidak dianggap melanggar sumpah dan semangat pejuang parti serta negara yang terdahulu.

Bagaimana mahu memberi undi jika apa dilaksanakan tidak memenuhi kepentingan, aspirasi dan masa depan Melayu? Cukup jika disebut beberapa contoh: kehilangan tanah rizab Melayu, dasar meritokrasi di IPTA dan dalam jurusan kritikal, dasar PPSMI, pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan, kecilnya peratusan pemegangan premis perniagaan di bandar oleh peniaga Melayu dan pengkhianatan, rasuah serta ketirisan dalam pentadbiran. Dalam UMNO sendiri, politik wang dan penguasaan ketua bahagian sebagai 'panglima perang' masih menjadi budaya. Ketika Presiden Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengemukakan pelan transformasi parti lima tahun lalu, berapa ramaikah daripada pemimpin peringkat bahagian dan negeri yang melebihi 60 tahun, terlalu lama memegang jawatan atau uzur sudi mengundur diri memberi laluan kepada pemimpin baharu?

Dasar setia kawan

Baru-baru ini, ada cadangan agar rakan UMNO dalam Barisan Nasional, khususnya MCA dan GERAKAN, bertanding di kawasan majoriti Cina. Ini satu cadangan yang perlu diberi perhatian serius. Amalan membenarkan MCA dan MIC bertanding di kawasan majoriti Melayu dilakukan pada awal kemerdekaan atas dasar setia kawan Perikatan kerana ketika itu tidak banyak kawasan Parlimen yang benar-benar sesuai untuk MCA dan MIC (kemudian GERAKAN). Hari ini perkara itu sudah berbeza. Banyak kerusi Parlimen yang majoriti Cina, justeru parti ini sepatutnya berdepan dengan DAP dan tidak lagi bertanding di kawasan Parlimen bermajoriti Melayu.

Ini ada kaitan dengan cadangan yang pernah dibuat sekitar tahun 2010 agar semua kawasan Parlimen yang terdiri daripada lebih 50 peratus pengundi Melayu diberikan kepada UMNO.

Mengikut agihan kerusi Parlimen ditandingi pada PRU2008 dan PRU2013, antara kawasan yang mempunyai pengundi Melayu lebih 50 peratus, termasuk Ayer Hitam, Simpang Renggam, Tanjung Piai, Alor Gajah, Hulu Selangor, Subang, Kapar, Kuantan, Alor Setar, Padang Serai dan banyak lagi. Jika cadangan ini dapat dilaksanakan, ia pasti boleh mengukuhkan kedudukan UMNO.

Antara faktor utama Tun Abdul Razak Hussein mendapat sokongan yang kuat daripada rakyat pelbagai kaum sepanjang menjadi Perdana Menteri ialah kerana kukuhnya perpaduan dalam kalangan bangsa dan pengundi Melayu. Perpaduan dan kesatuan orang Melayu menyumbang kepada sokongan daripada bukan Melayu dan kestabilan negara. Tun Abdul Razak ketika itu membentuk dasar yang jelas dan tepat bagi memenuhi kehendak kaum majoriti selaras peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Kontrak Sosial.

Menurut Pensyarah Universiti Malaysia Sabah, Prof Madya Dr Mohd Noor Yazid, rancangan pembangunan politik, ekonomi, pendidikan dan sosial Tun Abdul Razak adalah jelas ke arah pembentukan sebuah negara yang kuat bertunjangkan dominasi kumpulan utama. Tun Abdul Razak berjaya membentuk perpaduan majoriti iaitu menggabungkan dua parti Melayu, UMNO dan PAS, justeru, mampu memperkukuhkan agenda dan perjuangan Melayu. Apabila kesatuan dan kekuatan bangsa Melayu berjaya dibentuk, sokongan dan perpaduan kaum lain menjadi lebih mudah.

Rancangan ekonomi Tun Abdul Razak yang berasaskan rancangan pembangunan orang Melayu (dan kaum lain yang miskin) di bawah Dasar Ekonomi Baru, selaras Perkara 153 Perlembagaan. Begitu juga dalam pembinaan sosiobudaya, pelajaran dan bahasa; beliau melaksanakan beberapa langkah bagi mengukuhkan bangsa Melayu yang antara lain meluluskan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama pentadbiran dan pendidikan serta menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970 yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Ini semua dilaksanakan bukan secara integratif tetapi secara asimilatif, tidak menolak hak kaum lain, malah diterima baik oleh bukan Melayu kerana tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan turut memberi manfaat kepada mereka.

Pemimpin berwawasan

UMNO dan pemimpinnya hari ini perlu mengkaji semula asas dan budaya politik yang digariskan Tun Abdul Razak serta mengambil teladan daripadanya. Satu perkara yang boleh diambil iktibar ialah sebarang dasar dibuat atau tindakan diambil jangan hanya berkepentingan jangka pendek, bersifat populis atau untuk tujuan pilihan raya saja.

Tun Abdul Razak seorang pemimpin berwawasan yang bertindak atas dasar ingin membina sebuah negara-bangsa yang mantap dalam jangka panjang. Oleh itu, pemimpin UMNO hari ini harus berani dan beringat, agar tidak dianggap melanggar sumpah dan semangat pejuang parti serta negara yang terdahulu.

Bagaimana mahu memberi undi jika apa dilaksanakan tidak memenuhi kepentingan, aspirasi dan masa depan Melayu? Cukup jika disebut beberapa contoh: kehilangan tanah rizab Melayu, dasar meritokrasi di IPTA dan dalam jurusan kritikal, dasar PPSMI, pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan, kecilnya peratusan pemegangan premis perniagaan di bandar oleh peniaga Melayu dan pengkhianatan, rasuah serta ketirisan dalam pentadbiran. Dalam UMNO sendiri, politik wang dan penguasaan ketua bahagian sebagai 'panglima perang' masih menjadi budaya. Ketika Presiden Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengemukakan pelan transformasi parti lima tahun lalu, berapa ramaikah daripada pemimpin peringkat bahagian dan negeri yang melebihi 60 tahun, terlalu lama memegang jawatan atau uzur sudi mengundur diri memberi laluan kepada pemimpin baharu?

Dasar setia kawan

Baru-baru ini, ada cadangan agar rakan UMNO dalam Barisan Nasional, khususnya MCA dan GERAKAN, bertanding di kawasan majoriti Cina. Ini satu cadangan yang perlu diberi perhatian serius. Amalan membenarkan MCA dan MIC bertanding di kawasan majoriti Melayu dilakukan pada awal kemerdekaan atas dasar setia kawan Perikatan kerana ketika itu tidak banyak kawasan Parlimen yang benar-benar sesuai untuk MCA dan MIC (kemudian GERAKAN). Hari ini perkara itu sudah berbeza. Banyak kerusi Parlimen yang majoriti Cina, justeru parti ini sepatutnya berdepan dengan DAP dan tidak lagi bertanding di kawasan Parlimen bermajoriti Melayu.

Ini ada kaitan dengan cadangan yang pernah dibuat sekitar tahun 2010 agar semua kawasan Parlimen yang terdiri daripada lebih 50 peratus pengundi Melayu diberikan kepada UMNO.

Mengikut agihan kerusi Parlimen ditandingi pada PRU2008 dan PRU2013, antara kawasan yang mempunyai pengundi Melayu lebih 50 peratus, termasuk Ayer Hitam, Simpang Renggam, Tanjung Piai, Alor Gajah, Hulu Selangor, Subang, Kapar, Kuantan, Alor Setar, Padang Serai dan banyak lagi. Jika cadangan ini dapat dilaksanakan, ia pasti boleh mengukuhkan kedudukan UMNO.

E-mel ke rencanabh@bh.com.my Untuk berkongsi pendapat anda

Berita Harian X