Isnin, 19 September 2022 | 8:29am
Minuman diet berkarbonat mampu menggalakkan badan menyimpan lemak dan menyumbang perut buncit. - Foto hiasan
Minuman diet berkarbonat mampu menggalakkan badan menyimpan lemak dan menyumbang perut buncit. - Foto hiasan

Minuman diet berkarbonat buat perut gendut

PAKAR mendedahkan individu mengambil minuman diet berkarbonat punca individu gagal mengurangkan berat badan dan membuatkan perut buncit.

Jika anda berniat tidak mahu mengurangkan berat badan, langkah pertama adalah dengan mengurangkan gula.

Justeru, mereka perlu mengehadkan hidangan manis seperti coklat dan pencuci mulut yang tinggi kalori serta gula.

Namun, ada sedikit kekeliruan mengenai perkataan 'diet' membabitkan minuman berkarbonat.

Ada diet bagi minuman berkarbonat jenama tertentu di pasaran misalnya, dianggap sebagai versi lemak lebih sihat dengan satu tin minuman itu mengandungi 189 kalori.

Sebelum ini hanya mengandungi satu kalori, namun pakar menasihatkan supaya mengelakkan minum itu jika mahu menurunkan berat.

Biarpun minuman diet tidak mengandungi gula atau kalori sebenar, ia mengandungi banyak bahan tambahan dan tiruan termasuk pemanis.

Campuran pemanis rendah kalori (aspartam dan acesulfame-K) boleh menjadi bebas gula dan kalori, tanpa menjejaskan rasa.

Namun, ia penuh dengan bahan kimia bukan semula jadi yang boleh menyebabkan badan mengidam lebih banyak makanan berkalori tinggi dan sarat gula.

Minuman diet berkarbonat tiada khasiat

Pakar Pusat Sains Kesihatan Universiti Texas di San Antonio, Dr Sharon Fowler menegaskan, bebas kalori tidak sama dengan bebas konsekuen.

Katanya, bukti menunjukkan soda diet yang ditambahkan dengan rasa manis bukan lebih baik berbanding alternatif ataupun dilihat seperti pilihan lebih sihat.

Bagi ahli farmasi, Niraj Naik, mendakwa minuman diet berkarbonat mampu menggalakkan badan menyimpan lemak, bertentangan tujuan asal untuk mengambil minuman versi rendah lemak.

Beliau juga menjelaskan satu tin diet minuman berkarbonat 'tidak mengandungi khasiat' dan 'tidak menghilangkan dahaga kerana ia bukannya menghidratkan badan.

"Berdasarkan pengalaman saya sebagai ahli farmasi komuniti membantu orang ramai berhenti mengambil ubat bagi penyakit metabolik seperti penyakit jantung, diabetes dan obesiti," katanya.

Pemanis tiruan boleh 'mengelirukan' badan

Beliau menjelaskan, aspartam kimia 'mencetuskan reseptor rasa dan menipu badan untuk berfikir ia baru sahaja memproses gula'.

Nijraj Naik berkata, minuman itu 'boleh membuat badan anda ke mod penyimpanan lemak' dalam tempoh 20 minit.

Situasi itu juga, katanya membuatkan badan mula mengidam satu lagi diet minuman berkarbonat selepas sejam menghabiskan satu tin minuman itu.

"Ia juga membuatkan anda mungkin mendapatkan soda lain atau lebih teruk lagi, mahu makan makanan ringan," katanya.

Kajian selama sembilan tahun yang diterbitkan dalam Diabetes Care, mendapati orang dewasa yang minum minuman diet berkarbonat sebenarnya menambah berat badan, terutama di bahagian perut.

Penyelidik mendapati, masalah obesiti boleh meningkat 65 peratus dalam dekad akan datang, jika seseorang minum soda diet setiap hari.

Pakar juga menjelaskan, pemanis tiruan juga boleh 'mengelirukan' badan untuk membuat kiraan jumlah kalori yang salah setiap hari menyebabkan metabolisme menjadi perlahan dan lebih mencabar untuk membakar kalori serta menurunkan berat badan.

Contohnya, pengambilan kalori semasa untuk wanita dewasa adalah antara 1,600 hingga 2,400 kalori sehari. - Agensi-

Berita Harian X