Jumaat, 16 September 2022 | 8:35am
Keperluan B12 perlu untuk tubuh terutama bagi mengelak kerosakan saraf. - Foto hiasan
Keperluan B12 perlu untuk tubuh terutama bagi mengelak kerosakan saraf. - Foto hiasan

Degupan jantung perlahan, tubuh menjadi sejuk

SELAIN pemakanan sihat, keperluan vitamin diperlukan termasuk vitamin B12 yang berfungsi dalam badan termasuk menyelenggara sistem saraf.

Kekurangan vitamin B12 boleh mendatangkan bahaya termasuk mengakibatkan komplikasi seperti kerosakan saraf dan kematian.

Tanpanya, fungsi saraf pasti terjejas dan akan menimbulkan simptom pelbagai deria.

Menurut pakar kesihatan, gejala ini mungkin ketara pada waktu malam apabila suhu badan menurun.

Vitamin B12 yang rendah boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi, bagaimanapun risiko utama adalah kerosakan pada sarung mielin yang mengelilingi dan melindungi saraf.

Saraf memerlukan perlindungan untuk berfungsi dengan baik dan menghantar isyarat.

Bagaimanapun, kekurangan B12 walaupun sedikit boleh menjejaskan fungsi berkenaan dan menghantar amaran kepada Pusat Neuropati periferi.

Kegagalan merawat neuropati periferal dengan segera boleh mengakibatkan kerosakan saraf yang melemahkan.

Menurut Universiti Kesihatan Lome Linda, keadaan itu menyebabkan kaki menjadi lebih sensitif kepada udara yang lebih sejuk.

Apabila suhu menurun pada waktu malam, saraf periferi pesakit akan lebih berdenyut pedih atau mengalami sakit yang mencucuk.

Degupan jantung juga akan perlahan apabila tubuh pesakit lebih sejuk, selain memperlahankan aliran darah serta meningkatkan kadar kesakitan. Seeloknya balut kaki dengan selimut untuk memanaskan badan.

Selain itu, antara isu utama akibat kekurangan vitamin B12 adalah pesakit tidak mempunyai sel darah merah yang sihat untuk memindahkan oksigen ke seluruh badan. - Agensi

Berita Harian X