Jumaat, 18 November 2022 | 3:05pm
Restoran Heavenly Jin, terletak di tingkat 120 J Hotel, Menara Shanghai, secara rasmi dinamakan "Restoran tertinggi dalam bangunan. - Foto/AFP
Restoran Heavenly Jin, terletak di tingkat 120 J Hotel, Menara Shanghai, secara rasmi dinamakan "Restoran tertinggi dalam bangunan. - Foto/AFP
Mendapat pengiktirafan Guinness World Records. - Foto/AFP
Mendapat pengiktirafan Guinness World Records. - Foto/AFP

Restoran atas 'awan' tertinggi di dunia, dapat sambutan menggalakkan

HOTEL mewah tertinggi di dunia yang menawarkan restoran di tingkat 120 dan perkhidmatan butler peribadi 24 jam mendapat sambutan amat menggalakkan, sejak dibuka tahun lalu.

Restoran Heavenly Jin, terletak di tingkat 120 J Hotel, Menara Shanghai, secara rasmi dinamakan "Restoran tertinggi dalam bangunan, oleh Guinness World Records dengan ketinggian 556.36 meter (kira-kira 1,825 kaki) di atas tanah.

Pengurus besarnya, Jenny Zhang, berkata sejak dibuka, restoran itu telah dipuji oleh pelanggan kerana pengalaman dan perkhidmatan makan yang berkualiti tinggi.

"Kami mengalu-alukan tetamu dan rakan dari seluruh dunia dengan pengalaman tahap yang lebih tinggi di atas awan," katanya dalam satu kenyataannya.

Zhang menambah pencapaian itu juga bukti dedikasi pasukan pengurusan dan operasi Heavenly Jin.

Heavenly Jin, iaitu lebih 100 meter lebih tinggi daripada rekod sebelumnya 441.30 meter, yang dicatatkan pada 2011 oleh At.mosphere, terletak di tingkat 122, di Burj Khalifa Dubai.

Restoran Shanghai yang memecahkan rekod itu mempunyai dapur terbuka, tingkap-tingkap besar dan mural jubin mozek Itali sepanjang 30 meter yang menggambarkan Jalan Sutera, menurut hotel itu.

Pengunjung dihidangkan gabungan masakan Barat, Cina dan Jepun serta perkhidmatan minum petang.

Hotel mewah itu sendiri terletak di bangunan pencakar langit tertinggi di China dan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa , dengan bilik di tingkat 86 hingga 98.

Laporan juga menyatakan lif tetamu menaiki bangunan pencakar langit itu menyerupai lingkaran dengan kelajuan 18 meter persaat ke bilik mewah di Hotel J5 165.

Hiasan dalaman Restoran Heavenly Jin dapat sambutan menggalakkan.- Foto/AFP
Hiasan dalaman Restoran Heavenly Jin dapat sambutan menggalakkan.- Foto/AFP

Hotel berkeluasan 632 meter itu terletak di aras paling atas di Menara Shanghai di daerah kewangan bandar berkenaan, bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai.

Pelanggan juga boleh menikmati salah satu daripada tujuh restoran, bar, spa, kolam renang di aras 84, dan semua kemudahan hotel terkemuka itu.

Sebelum ini pernah dilaporkan, sempena meraikan pembukaan J Hotel menawarkan 'kadar istimewa' bernilai 3,088 yuan (RM1,986.67) semalam, tetapi harga 34 biliknya jauh lebih tinggi.

Bermalam di 'J Suite', dilengkap candelier kristal dan sauna, bernilai lebih 67,000 yuan (RM43,092.79). - AGENSI

Berita Harian X