X
Selasa, 4 Mei 2021 | 4:01pm

Bufet Ramadan Muhibah Malaysia di Hotel Pavilion Kuala Lumpur

Oleh Nas Norziela Nasbah

bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Hotel Pavilion Kuala Lumpur oleh Banyan Tree mengajak pengunjung merasai kenikmatan bufet Ramadan bertemakan Muhibah Malaysia.

Menjadikan keindahan tradisi pelbagai bangsa di Malaysia, bufet disediakan oleh Chef de Cuisine, Zaharullail Ashari yang terkenal dengan panggilan Cef Awie.

Kambing panggang antara sajian wajib dengan sos perapan dan sos buatan sendiri istimewa untuk pengunjung.

Hidangan tradisi tempatan lain seperti shawarma, ayam golek, makanan laut dan daging panggang; 'Lok-lok dan sate turut menambat selera.

Menu tempatan seperti bubur lambuk, rendang Tok Perak, Char Kuetiau Pulau Pinang dan sudah pasti Raja Buah, Durian turut disediakan.

Melengkapkan hidangan, pencuci mulut popular iaitu kuih muih pelbagai rasa dan warna selain apam balik, ais kacang serta cendol.

Pengunjung boleh menikmati bufet istimewa ini pada 16 April sehingga 12 Mei, bermula jam 6.30 petang hingga 10 malam.

Harga bufet biasa adalah RM148 untuk dewasa manakala kanak-kanak dan warga emas, RM74. Untuk tempahan 'early bird' yang dibuka kini sehinga 14 April, harganya RM108 (dewasa) dan RM54 untuk kanak-kanak dan warga emas.

Nikmati potongan 20 peratus daripada harga biasa untuk kumpulan besar 10 orang atau lebih bermula 16 April sehingga 12 Mei ini.

Tempahan penghantaran di hadapan pintu rumah anda turut disediakan. Hidangan istimewa merangkumi, kerabu mangga muda, sotong kering, daging masak hitam, nasi mandy kambing, nasi ayam Hainan dan daging

'striploin' panggang.

Harganya, RM180 untuk empat orang makan mengikut empat pilihan Set Pesta iaitu Melayu, Arab, Cina dan Barat.

Untuk sebarang tempahan berbuka puasa atau secara penghantaran, boleh hubungi The Courtyard di talian 03-2117 2821, aplikasi WhatsApp 017-206 8805 atau emel ke thecourtyardpavilionhotel@banyantree.com.

Berita Harian X