Ahad, 2 Mei 2021 | 10:52am
MrPieman hasilkan pai inti dibuat daripada daging berkualiti dari New Zealand dan Australia.- Foto Ihsan MrPieman
MrPieman hasilkan pai inti dibuat daripada daging berkualiti dari New Zealand dan Australia.- Foto Ihsan MrPieman

'Jatuh cinta' dengan hidangan pai

KUALA LUMPUR: Siapa sangka, 17 tahun lalu dengan hanya bermula dari dapur dan melakukan penghantaran sendiri, kini MrPieman melangkah secara komersial sepenuhnya dengan pelanggan terdiri dari hotel antarabangsa, syarikat penerbangan terkemuka serta kedai makanan dan minuman.

MrPieman adalah cetusan idea dari Thomas Romal, iaitu ketika beliau menetap di New Zealand, sering menikmati hidangan pai Kiwi yang menjadi kegemarannya.

Kekerapannya berkunjung ke negara ini, menjadikan beliau sukar mendapatkan cita rasa sama dan cuba untuk mencari jalan bagaimana untuk menghasilkannya.

Pada awal tahun 2000 sebelum budaya pai ini tiba di sini, MrPieman satu-satunya yang dedikasi menghasilkan hidangan ini di Lembah Klang.

Sebelum itu, Romal sememangnya menjadikan hidangan pai itu sebagai makanan rujinya ketika tinggal di luar negara dan membawa pulang budaya itu untuk diperkenalkan di negara ini.

Beliau sememangnya Citu dan memilih memulakan kerjaya kedua-duanya selepas berhenti daripada latihan perakaunan.

Bagaimanapun, Romal berasa sedikit sukar untuk mencari tempat menjual pai enak dan jika terjumpa pastinya ia dijual pada harga begitu mahal.

Situasi itu mendorongnya untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan pembuatan pai.

Pada 2012, MrPieman berpindah ke Taman Medan untuk memenuhi syarat yang diperlukan bagi pensijilan Titik Kawalan Keselamatan Makanan (HACCP) bagi memperluas pangkalan pelanggan korporatnya.

Sejak itu, hotel bertaraf lima bintang mula membawa hidangan itu ke dalam kafe, menempah untuk acara sementara penerbangan antarabangsa seperti KLM, Qatar, Emirates dan Astana Airlines menghidangkan kepada penumpang.

Semua produk MrPieman halal
Semua produk MrPieman halal

Enaknya pai ini apabila intinya dibuat daripada daging lembu berkualiti diimport dari New Zealand dan Australia serta keju yang diimport menambah nilai yang wajar pada pai berkenaan.

Semua produk MrPieman halal dan mempunyai sijil HACCP untuk memastikan kebolehpercayaan dan standard keselamatan serta kebersihan yang konsisten dalam proses pembuatannya.

Thomas Romal
Thomas Romal

Bagi mengekalkan rasa produk yang segar, ia dihasilkan ketika hampir tempoh penghantarannya dan ia akan disimpan dengan berhati-hati di peti sejuk atau kabinet mesra suhu untuk memastikan kualiti terjaga.

Bagaimanapun, COVID-19 memberi kesan teruk dan ia tidak dijangka langsung kerana tiada alternatif lain untuk sampai kepada pelanggan ketika krisis kesihatan ini terjadi.

Insentif kerajaan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang membayar gaji kakitangan hanya bertahan untuk tiga bulan dan manfaat skim lain yang ditawarkan oleh kerajaan masih belum dapat dinikmati.

Pada masa sama, beberapa usaha sedang dilakukan memastikan perniagaan ini dapat diteruskan dan sekali gus dapat mengeksport pai di rantau ini.

Justeru, MrPieman turut melancarkan platform dalam talian dalam usaha untuk mencapai kepada pelanggannya dalam dunia serba teknologi ini.

Namun, ia tidak semudah mana berikutan jumlah tempahan jauh lebih rendah berbanding sebelum pandemik ini berlaku.

Bagaimanapun, mengekalkan kualiti produk pada harga mampu milik kepada pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kepada jenama MrPieman.

Setiap produk pastri dihasilkan dalam kumpulan kecil dan menggunakan bahan premium tanpa sebarang bahan pengawet dan tambahan lain demi mengekalkan rasanya yang 'Umph'.

Pai didatangkan dalam pelbagai bentuk dan saiz dengan isi yan berbeza-beza untuk setiap kategori dan sempena Ramadan ini, diskaun hebat sehingga 20 peratus ditawarkan.

Berita Harian X