Jumaat, 11 Oktober 2019 | 6:25pm
SAJIAN rori pita dan buahan segar bersama jem enak lengkapkan snek berkhasiat.

Jem buah-buahan tanpa gula lebih berkhasiat

Nikmati kelazatan sajian snek secara sihat, pilihan makanan berkhasiat tanpa bahan pengawet adalah yang terbaik.

Bagi memudahkan kerja menyiapkan sajian berkhasiat dan enak, jenama jem popular dari Amerika Syarikat, Smucker’s menyediakan pilihan resipi ringkas iaitu sandwic PB&J, pita buah segar dengan jem tanpa gula, biskut beras oren lobak merah rangup dan snek kek keju strawberi.

Menariknya, jem tanpa gula dengan tiga perasa baharu iaitu Strawberry Preserves, Orange Marmalade dan Concord Grape tetap memberikan rasa manis semula jadi.


JEM oren tanpa gula lebih berkhasiat

Sandwic menggunakan kepingan roti gandum penuh disapu mentega kacang serta jem Smucker’s Strawberry Preserves. Manis daripada buah strawberi lebih lazat dan berkhasiat. Jam Concord Grape, dihasilkan daripada anggur segar tanpa gula.

Tambahan buah segar

Resipi menggunakan susu sejuk kurang lemak, puding coklat dan krim yogurt memberi sedikit rasa masam. Campuran buah-buahan segar seperti pisang, nanas, tembikai wangi , strawberi dan anggur menambah khasiat sajian.

Bagi yang gemarkan rasa masam manis, produk Orange Marmalade memberi rasa oren sebenar dengan perisa sitrus bagi menambah selera, enak dimakan bersama kek keju.

Pengurus Besar GBA Corporation, Mohan Alagappar, berkata kebanyakan masyarakat moden semakin sibuk tetapi tetap berusaha menghidangkan sajian lazat kepada ahli keluarga masing-masing.

“Pilihan Smucker’s tanpa gula memudahkan anda menyediakan sajian berkhasiat dengan cepat bagi membolehkan mereka menghabiskan lebih masa bersama keluarga,” katanya.

Berita Harian X