Jumaat, 26 Oktober 2018 | 3:39pm

Restoran Terlajak Laris saji 50 sajian sehari

Setiap individu memiliki selera. Bukan mudah mencari restoran yang menghidangkan pelbagai jenis menu daripada kepakaran cef berbeza di suatu tempat.

Berkunjung ke Rumah Makan Terlajak Laris, menyajikan lebih 50 menu makanan dari 11 cef dengan kepakaran masakan masing-masing.

 PELBAGAI pilihan menu istimewa menanti pelanggan
PELBAGAI pilihan menu istimewa menanti pelanggan

Pelbagai masakan kampung, Barat, makanan sampingan, aneka pencuci mulut dan pelbagai jenis minuman istimewa ada di sini, yang terletak, dua kilometer dari Bukit Rahman Putra, Sungai Buluh Selangor.

Layanan mesra

Pengurusnya, Azuwan Nizan Kamarudin, berkata dibuka sejak setahun yang lalu boleh membuatkan

300 pelanggan dalam satu masa itu amat mementingkan keaslian cita rasa.

“Kebanyakan menu di masak menggunakan pes dari resipi asli untuk menjimatkan masa memasak.

Udang masak lemak cili api

“Malah kita juga mementingkan layanan yang mesra. Menu yang dipesan sampai cepat. Ini yang kami utamakan di sini,” katanya

Antara menu adalah masak lemak cili api udang galah dan keli salai, asam pedas telur ikan serta siakap, patin masak tempoyak, nasi kukus maharani, nasi goreng pakapau, lamb chop dan sambal hijau berlada. Selain laksa utara, wafer istimewa, pulut mangga, pisang cheese dan roti John.

Info

---

* Terletak 4 kilometer dari bandar Sungai Buluh

* Dibuka setiap Isnin hingga Jumaat

* Beroperasi dari jam 11 pagi - 11 malam.

* Dibuka dari 11 pagi - 12 tengah malam (Sabtu dan Ahad).

Sajian telur ikan asam pedas

Berita Harian X