Selasa, 28 Ogos 2018 | 5:39pm
SATE kerbau senyum.
PULUT mangga dan nasi lemak.

Nikmati sate di cafe Smiling Buffalo, Pantai Chenang Langkawi

ANTARA keseronokan apabila bercuti baik dalam mahupun luar negara, kita dapat bangun keesokan harinya dengan sarapan pagi sudah terhidang di depan mata.

Bercuti adalah masa untuk berehat dan jika ke Langkawi pastikan anda memilih menu sajian tempatan dengan menikmati sajian sate di Smiling Buffalo.

Sate yang dihidangkan pada hujung minggu adalah tambahan kepada menu sedia ada iaitu telur, sosej dan roti panggang membuka selera. Sajian hujung minggu lain termasuk nasi lemak dengan ayam berempah, laksa, daging kornet hash dan mi wantan.

Sajian istimewa disajikan kepada tetamu bermula Jumaat hingga Ahad. Sajian istimewa pastinya pilihan sate ayam dan daging lembu selain manisan pulut mangga segar pastinya memenuhi selera.

Menu lain iaitu burger, pasta dan nasi goreng serta hidangan lain seperti sayap ayam dan kentang goreng.

Menariknya selain menjamu selera, setiap hujung minggu tetamu juga berpeluang menyaksikan persembahan muzik daripada pemuzik tempatan.

Smiling Buffalo terletak di resort butik Panji Panji terletak di Kuala Cenang, dibuka dari jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari. Untuk pertanyaan boleh lawati instagram dan facebook mereka atau boleh dihubungi menerusi talian 0122928102.

Berita Harian X