Jumaat, 30 Disember 2022 | 8:21am
Puncak gunung bagaikan bentuk piramid dan awan karpet seakan 'alam kayangan’. - Foto/NSTP
Puncak gunung bagaikan bentuk piramid dan awan karpet seakan 'alam kayangan’. - Foto/NSTP
Mengambil masa kira-kira enam jam untuk sampai ke puncak gunung terletak di Gerik. - Foto/Ihsan Sobri Yaacob
Mengambil masa kira-kira enam jam untuk sampai ke puncak gunung terletak di Gerik. - Foto/Ihsan Sobri Yaacob

Bagaikan memasuki gerbang 'alam kayangan'

Ketika orang muda lain berpusu-pusu berhijrah ke 'hutan konkrit' seperti Kuala Lumpur untuk mencari peluang pekerjaan, tiga anak tempatan kekal optimis memanfaatkan 'sumber asli,' iaitu hutan dan gunung-ganang sekeliling Gerik, Perak sebagai punca pendapatan mereka.

Panorama menghijau memukau boleh disaksikan dari Gunung Kerunai dan Gunung Kenderong ketika berkunjung ke sini, dapat merasai suhu dingin disebabkan hutannya masih tebal'.

Gunung dikenali sebagai K2 menyajikan pemandangan cukup mengasyikkan dan mempunyai tarikan yang tersendiri.

Dari jauh ia kelihatan seperti bentuk piramid dan 'dikelilingi' kabus membuatkan sesiapa yang memasuki gerbang 'alam kayangan'.

Dengan keunikan itu, ia melonjakkan Gerik sebagai destinasi ekopelancongan tumpuan termasuk mereka yang gemar pada sukan ekstrem dan aktiviti pendakian.

Gunung Kerunai disajikan pemandangan 360 darjah tanpa halangan awan karpet yang cantik pada waktu pagi. - Foto/Sobri Yaakob
Gunung Kerunai disajikan pemandangan 360 darjah tanpa halangan awan karpet yang cantik pada waktu pagi. - Foto/Sobri Yaakob

Meskipun kebanyakan pelancong khususnya dari luar negara, lebih 'terpesona' untuk berkunjung ke Taman Negeri Royal Belum di sini, anak muda berkenaan mengambil inisiatif merangka aktiviti pakej pendakian Gunung Kerunai dan Gunung Kenderong.

Ada komuniti malim gunung

Penggunaan platform media sosial memudahkan mempromosikan aktiviti pendakian di gunung berkenaan.

Bagi Malim gunung, Sobri Yaacob, 32, beliau bersama kira-kira 40 golongan muda sudah menyertai komuniti malim gunung secara berdaftar jadi memudahkan tugas kepada pengunjung mendapatkan khidmat mereka.

Selain Taman Negeri Royal Belum, Gerik juga memiliki gunung-ganang boleh diterokai sebagai sumber pendapatan baharu untuk warga tempatan khususnya orang muda.

"Ramai yang jadi malim gunung bukan semua kerja tetap atau kerja dengan kerajaan. Kebanyakannya sebagai penoreh getah. Mereka bekerja dekat dengan alam sekitar dan biasa masuk ke hutan dan faham selok-belok hutan.

Khidmat malim gunung memudahkan pendaki sampai ke puncak gunung. - Foto/Ihsan Sobri Yaakob
Khidmat malim gunung memudahkan pendaki sampai ke puncak gunung. - Foto/Ihsan Sobri Yaakob

"Apabila menyertai komuniti malim gunung, mereka boleh jana pendapatan samping mungkin setiap minggu dengan membawa pelancong mendaki gunung di Gerik," katanya.

Panorama indah, lihat awan karpet

Malim gunung, Hadrul Hashim, 32, berkata perkhidmatan disediakan membuatkan pelancong merasakan lebih yakin menggunakan khidmat ditawarkan.

"Kami diajar cara asas menyelamat seperti cara mengikat tali, menyeberangi arus deras, membaca kompas dan mengenali binatang.

"Kursus malim gunung itu disediakan Jabatan Hutan dan percuma. Jadi, saya fikir mengapa tidak saya hadir untuk peroleh sijil kelayakan, supaya saya boleh menjalankan perkhidmatan mendaki gunung dengan lebih teratur dan profesional," katanya.

Tumbuhan hutan, periuk kera banyak terdapat di dua Gunung Keriung dan Gunung Kenderong. - Foto/Ihsan Sobri Yaacob
Tumbuhan hutan, periuk kera banyak terdapat di dua Gunung Keriung dan Gunung Kenderong. - Foto/Ihsan Sobri Yaacob

Periuk kera, tumbuhan eksotik yang sering tarik perhatian pengunjung. - Foto/Ihsan Sobri Yaacob
Periuk kera, tumbuhan eksotik yang sering tarik perhatian pengunjung. - Foto/Ihsan Sobri Yaacob

Ranjer hutan, Zubir Ismail, 30, berkata pelancong yang datang boleh melihat pemandangan mempesonakan sepanjang pendakian sehingga ke puncak gunung itu.

"Purata perjalanan untuk naik ke puncak kedua-dua gunung itu kira-kira enam jam. Dalam tempoh itu mereka berpeluang melihat pokok, batuan dan air terjun.

"Apabila sampai ke puncak, mereka disajikan pemandangan 360 darjah tanpa halangan dan awan karpet yang cantik pada sebelah pagi," katanya.

"Kita berharap agar disediakan denai yang boleh menyediakan laluan selesa menuju ke puncak. Jadi, dengan ada infrastruktur asas itu ia lebih selesa dan selamat. Jadi, ia membantu meningkatkan sektor ekopelancongan," katanya.

Panorama indah membuatkan Gunung Keriung sering didaki pengunjung. - Foto/Ihsan Sobri Yaakob
Panorama indah membuatkan Gunung Keriung sering didaki pengunjung. - Foto/Ihsan Sobri Yaakob

Berita Harian X