Isnin, 6 Julai 2020 | 4:22pm
DISKAUN sehingga 50 peratus menerusi pakej ‘Cuti Berami-Rami’ sehingga 31 Disember depan galakkan lebih ramai pelancong mengunjungi Sarawak. - Foto/Nadim Bokhari
DISKAUN sehingga 50 peratus menerusi pakej ‘Cuti Berami-Rami’ sehingga 31 Disember depan galakkan lebih ramai pelancong mengunjungi Sarawak. - Foto/Nadim Bokhari

Kampung Budaya Sarawak tawar potongan 50 peratus

SANTUBONG: Kampung Budaya Sarawak (SCV), menawarkan diskaun untuk beberapa pakej disediakan kepada pelancong tempatan dan dari luar Sarawak yang mempunyai kepelbagaian budaya Sarawak.

Jurucakap SCV berkata, diskaun 33 hingga 50 peratus untuk tiket masuk ditawarkan menerusi program `Cuti Berami-Rami' sehingga 31 Disember depan.

Katanya, langkah itu diambil dalam usaha meningkatkan semula jumlah pengunjung khususnya pelancong tempatan ke lokasi yang terletak di kawasan Damai itu selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Program'Cuti Berami-Rami' diperkenalkan untuk rakyat Sarawak dengan bayaran tiket masuk RM20 bagi pengunjung dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak berumur dua hingga 12 tahun.

"Sebelum ini, kadar bayaran masuk RM30 untuk orang dewasa dan RM20 kanak-kanak," katanya.

Selain itu, SCV turut menawarkan kadar tiket masuk istimewa untuk pelajar iaitu RM5 bagi pelajar sekolah rendah dan menengah manakala RM15 bagi penuntut universiti.

Bagi pakej 'Cuti-Cuti Malaysia' untuk bukan rakyat Sarawak pula, tiket masuk kini ialah RM60 (dewasa) dan RM30 (kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun).

Sebelum ini, pakej itu ditawarkan pada harga RM95 dan RM60.

SCV turut menawarkan 'Pakej 'Family Together Gether' yang berharga RM180 untuk dua orang dewasa dan dua kanak-kanak atau RM210 untuk dua orang dewasa dan tiga kanak-kanak.

SARAWAK kaya dengan kepelbagaian budaya yang wajar diterokai.- Foto/Nadim Bokhari
SARAWAK kaya dengan kepelbagaian budaya yang wajar diterokai.- Foto/Nadim Bokhari

Pakej 'Family Berami' ditawarkan pada harga RM60 untuk dua orang dewasa dan dua kanak-kanak, kadar itu meliputi tiket masuk, pertunjukan budaya dan kelas tarian serta muzik atau RM123.60 dengan makan tengah hari untuk satu keluarga.

Berita Harian X