Selasa, 30 Ogos 2022 | 10:31am
Jalur Gemilang dihiasi pada basikal jadi kemestian Sothi setiap kali tiba Hari Kebangsaan. - Foto/Nazri Abu Bakar
Jalur Gemilang dihiasi pada basikal jadi kemestian Sothi setiap kali tiba Hari Kebangsaan. - Foto/Nazri Abu Bakar

20 tahun tak pernah culas pusing Melaka kibar Jalur Gemilang

MELAKA: Meskipun sudah berusia 74 tahun semangat pesara pengawal keselamatan meraikan Hari Kebangsaan dengan cara berbeza tidak pernah luntur sejak 20 tahun lalu dengan berkayuh basikal antiknya sambil mengibar Jalur Gemilang mengeliling bandar raya ini.

Setiap tahun, A Sothi Vandamalai juga akan memilih tema berbeza bagi menghiasi basikalnya dengan meletakkan gambar pelbagai pemimpin negara seperti gambar bekas perdana menteri, selain melengkapkan keratan akhbar yang dibingkai kemas mengenai peristiwa hari kemerdekaan.

Beliau yang juga bekas pekerja sebuah kilang turut gemar menyelitkan keratan akhbar mengenai pelbagai peristiwa semasa termasuk mengenai situasi pandemik COVID-19, isu denggi dan isu sosial.

Baginya itulah sumbangannya sebagai 'duta kecil' kepada masyarakat dalam berkongsi isu semasa.

Lebih menarik lagi, setiap tahun Hari Kebangsaan, selain menghias basikal, beliau akan menggayakan pakaian bertema Jalur Gemilang, lengkap bersongkok, berbaju Melayu.

"Cara penampilan ini tidak sama setiap tahun. Kadang-kadang saya memakai tanjak, berkeris atau berkain pelikat. Untuk sambutan merdeka tahun berikutnya pula, saya memakai pakaian tradisi kaum Cina, India dan pakaian lain bertujuan mendekatkan komuniti kepada budaya berbilang kaum di negara ini," katanya.

Sothi hias basikal dengan gambar pemimpin negara dan keratan akhbar sebagai simbolik raikan Hari Kebangsaan. - Foto/Nazri Abu Bakar
Sothi hias basikal dengan gambar pemimpin negara dan keratan akhbar sebagai simbolik raikan Hari Kebangsaan. - Foto/Nazri Abu Bakar

Beliau menetap di Pantai Peringgit di sini akan mengayuh basikal mengelilingi bandar raya Melaka termasuk melalui Pengkalan Rama, Bandar Hilir, Jalan Hang Tuah, Tengkera, Bachang, Lorong Pandan, Malim, Cheng, Gangsa, Bukit Baru dan Bukit Palah, sambil menyampaikan mesej kemerdekaan itu.

Malah, Sothi mengayuh basikal antiknya di laluan berbeza mengikut situasi semasa sehingga dulu-dulu tindakannya mengejutkan penduduk setempat, kini mereka mereka sudah biasa dengan ragam Sothi setiap kali Ogos dan sambutan Hari Malaysia.

"Saya teruja lakukan ini dan menerusinya dapat menyemai dan menyemarakkan jiwa serta semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda.

"Saya ada tiga basikal yang dibeli kira-kira 40 tahun lalu dengan harga RM10, RM20 dan RM60. Semua basikal itu masih ada hingga sekarang," katanya.

Sungguhpun kudrat Sothi yang tidak lagi seperti dahulu, kini mengurangkan jarak kayuhan dengan hanya berkayuh sekitar Peringgit, Pulau Kelapa, Pengkalan Batu dan Batu Berendam serta beberapa laluan lain.

Apa yang pasti dengan berbasikal dia dapat menjaga kesihatan dirinya dalam masa mengekalkan kecergasan terutama menjalani rutin harian sebagai

Berita Harian X