Sabtu, 15 Ogos 2020 | 1:02pm
Dr Mohd Ridzuan Abdul Razak.
Dr Mohd Ridzuan Abdul Razak.

Pendekatan TLC pikat pesakit antarabangsa

PENDEKATAN berlembut, penyayang dan mengambil berat (TLC) yang dipraktikan hospital khususnya di fasiliti swasta dalam memberikan perkhidmatan kepada pesakit antarabangsa menjadi 'kunci utama' dalam terus menarik kedatangan pelancong kesihatan dalam pasca COVID-19 ini.

Negara ini mempunyai 200 hospital swasta dan daripada jumlah itu 69 hospital berdaftar di bawah Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC).

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan, banyak rakan hospital pastinya mempertingkatkan kecekapan dari segi kemudahan digital termasuk konsultasi, rekod pesakit dan bayaran merentas sempadan.

Ketua Jabatan Kecemasan dan Pegawai Perubatan Kanan Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Mohd Ridzuan Abdul Razak, berkata pihaknya mengakui segmen pelancongan kesihatan merundum teruk ketika PKP.

Katanya, bagaimanapun hospital swasta termasuk Hospital Pantai mengambil inisiatif tambahan bagi memastikan pesakit antarabangsa mereka terus 'kekal' mendapatkan perkhidmatan di negara ini melalui pelbagai inisiatif.

Ini termasukmenawarkan rawatan secara maya kepada pesakit sedia ada dan membekalkan ubat-ubatan yang dihantar secara pos sepanjang PKP lalu sebagai nilai tambah kepada perkhidmatan mereka.

"Bagi kami di sini, pelancongan kesihatan merudum sehingga 70 peratus, ia memang benar-benar terjejas...ketika itu, kalau adapun pelancong antarabangsa adalah bersandarkan kepada mereka yang sememangnya sudah berada di negara ini.

"Selepas kerajaan membuka pintu sempadan bagi pelancongan kesihatan, sejak 1 Julai lalu baharu ada beberapa kes yang mula masuk secara perlahan membabitkan kes seperti onkologi.

"Sebelum ini, kita memberikan perkhidmatan tele-konsultasi secara percuma kepada pesakit, khususnya membabitkan kes psiakitrik bagi memastikan golongan itu dekat dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh hospital di negara ini.

"Memang kami kerja kuat untuk berada di landasannya, apa yang kita buat ialah mempromosikan semula dan sentiasa membantu pesakit dengan jagaan lebih daripada biasa dengan meningkatan perkhidmatan kepada pelanggan," katanya.

Sediakan perkhidmatan terbaik

Beliau berkata, matlamat setiap tenaga perubatan di hospital untuk menawarkan rawatan terbaik kepada pesakit termasuk yang datang dari luar dengan sentiasa bersedia terhadap sebarang kemungkinan akibat perbezaan budaya dan bahasa.

Katanya, justeru, Pusat Pesakit Antarabangsa (IPC) memainkan peranan penting untuk membantu pesakit.

"Antara cabaran dalam memberikan perkhidmatan kepada pesakit antarabangsa ialah perbezaan budaya dan kadang kala wujudnya kekangan dari segi bahasa.

Makanan juga perlu disediakan menu berciri antarabangsa dan jangkaan mereka ketika menerima rawatan di sini.

"Kita menyediakan jurubahasa termasuk yang boleh bercakap dalam basa Korea atau Jepun untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka termasuklah untuk sentiasa ada ketika mereka meluahkan perasaan, " katanya.

Beliau berkata, kerajaan memberi sokongan pelancongan kesihatan dan mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak kewujudan kluster import ini.

Katanya, pesakit diwajibkan dikuarantin selama 14 hari di negara ini ketika mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan pulang ke negara asal masing-masing.

Kikers: Sedia kepakaran dan inisiatif tambah pastikan pelancongan kekal dapatkan rawatan di Malaysia

Oleh Suzalina Halid

suzalina@bh.com.my

Berita Harian X