Khamis, 2 Julai 2020 | 2:54pm
Pemenang Tiket Emas berpeluang bergambar di “Wall of Winners” secara eksklusif di Center Court pusat beli belah masing-masing. - Foto Suria KLCC
Pemenang Tiket Emas berpeluang bergambar di “Wall of Winners” secara eksklusif di Center Court pusat beli belah masing-masing. - Foto Suria KLCC

Berbelanja dan rebut ganjaran tiket emas bernilai lebih RM10,000

KUMPULAN Suria KLCC melancarkan kempen terbesarnya tahun ini dengan menawarkan ganjaran hebat kepada pembeli menerusi cabutan Tiket Emas. 

Pengunjung berpeluang memenangi baucar beli-belah apabila berbelanja di Suria KLCC, Pusat Membeli-Belah Alamanda dan Mesra Mall Terengganu.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien, berkata Kumpulan Suria KLCC sentiasa berusaha untuk memastikan pelanggan dapat menikmati pengalaman hebat apabila berbelanja di pusat beli-belah. 

"Kali ini, kami menjanjikan ganjaran besar untuk mereka. Kami percaya dengan kempen cabutan Tiket Emas ini, kami dapat meneruskan usaha kami untuk menawarkan ganjaran serta pengalaman membeli belah terbaik kepada pelanggan kami yang setiasa memberi sokongan berterusan," katanya.

Belanja dan nikmati ganjaran hebat

Bagi menyertai kempen Tiket Emas ini, pelanggan hanya perlu berbelanja serendah RM150 di Suria KLCC dan Mesra Mall manakala RM300 di Alamanda Putrajaya.

Perbelanjaan terhad dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih dan pelanggan perlu mengesahkan penerimaan resit di kaunter pertanyaan sebelum sesi cabutan. 

Pemenang Tiket Emas bakal menerima baucar beli-belah bernilai RM5,000 (Suria KLCC), RM1,000 (Alamanda) dan RM1,500 (Mesra Mall).

Bagi pemenang Tiket Ungu pula, anda akan menerima baucar beli-belah bernilai RM50 (Suria KLCC), baucar beli-belah bernilai RM50 (Alamanda), dan baucar beli-belah bernilai RM30 (Mesra Mall).

Suria KLCC juga menawarkan dua baucar beli-belah bernilai RM5,000 pada setiap hujung minggu (Sabtu dan Ahad), sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.

Penyertaan terhad

Tempoh kempen cabutan Tiket Emas untuk setiap pusat membeli-belah adalah seperti berikut:

  • Suria KLCC: 19 Jun hingga 12 Julai 2020 (terhad kepada 100 pembeli setiap hari).
  • Pusat Membeli Belah Alamanda: 19 Jun hingga 19 Julai 2020 (terhad kepada 101 pembeli setiap hari).
  • Mesra Mall: 19 Jun hingga 18 Julai 2020 (terhad kepada 51 pembeli setiap hari).

Sebagai penghargaan, pemenang Tiket Emas berpeluang bergambar di "Wall of Winners" secara eksklusif di Center Court pusat beli belah masing-masing. Pemenang Tiket Emas juga akan ditemuramah dan dipaparkan di platform media sosial Kumpulan Suria KLCC. 

Patuh prosedur operasi standard

Bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pengunjung terjaga, Kumpulan Suria KLCC mengambil langkah pencegahan seperti menempatkan cecair pembasmi kuman di beberapa lokasi strategik dan mudah akses. 

Selain itu, semua pengunjung dan pekerja perlu melalui pemeriksaan suhu badan dan mempraktikkan penjarakan sosial. Kerja pembersihan juga dilakukan dengan lebih kerap bagi memastikan persekitaran yang bersih dan selamat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang berikut:

i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my
ii. Alamanda Shopping Centre (Putrajaya) - www.alamanda.com.my
iii. Mesra Mall (Kerteh) - www.mesramall.com.my

Berita Harian X