Ahad, 22 Disember 2019 | 10:30am
Joey dan Nur Nadia (kanan) berpeluang mengendalikan pesawat Boeing 737-800 NG secara simulator di Sky Simulator, di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya. NSTP - Intan Nur Elliana Zakaria.
Joey dan Nur Nadia (kanan) berpeluang mengendalikan pesawat Boeing 737-800 NG secara simulator di Sky Simulator, di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya. NSTP - Intan Nur Elliana Zakaria.

'Juruterbang' segera

Individu yang teringin mengendalikan pesawat enjin Boeing, tidak perlu bergelar juruterbang komersial bertauliah, sebaliknya mampu menerbangkan dan mendaratkan pesawat 737-800NG selepas diberi taklimat daripada jurulatih penerbangan kurang daripada 15 minit sahaja.

Semuanya menjadi realiti apabila anda berkunjung ke pusat simulator penerbangan, Sky Simulator (M) Sdn Bhd, terletak di pusat beli-belah eCurve, Mutiara Damansara.

Menawarkan pengalaman pelepasan (take-off) dan mendarat (landing) Boeing 737-800NG, namun mengendalikannya secara simulator, bagi merasai pengalaman sebenar berada dalam kokpit.

Pusat simulator menggunakan teknologi skrin tiga dimensi (3D) untuk memperoleh situasi sebenar pesawat berlepas, terbang dan ketika mendarat.

Tiada gerakan atau gegaran dirasai, sebaliknya pengunjung boleh mendengar bunyi enjin pesawat dan komunikasi antara juruterbang dengan pengendali pusat kawalan trafik udara.

Jurulatih penerbangan, Mohamaad Zulhilmi Jailani, berkata sebelum mengendalikan simulator berkenaan, bakal juruterbang mahupun pengunjung yang bercita-cita menjadi ‘juruterbang segera’ perlu menyelaras bacaan yang tertera pada panel komputer pengurusan pesawat atau flight management computer (FMC).

Sky Simulator boleh dicuba pengunjung yang mahu merasai pengalaman sebagai juruterbang. NSTP- Nur Elliana Zakaria.
Sky Simulator boleh dicuba pengunjung yang mahu merasai pengalaman sebagai juruterbang. NSTP- Nur Elliana Zakaria.

“Mereka diminta menentukan di mana lapangan terbang pesawat berkenaan ingin berlepas dan mendarat. Bagi yang memilih pakej Ultimate Flyer iaitu mengendalikan pesawat secara simulator selama 60 minit.

“Kami menyarankan mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (WMKL),” katanya.

Apabila sudah membuat pilihan lapangan terbang, selaraskan bacaan pada panel juruterbang automatik atau auto pilot panel. Tentukan ‘heading’ iaitu landasan atau runway untuk anda berlepas iaitu 32R bagi KLIA.

Seterusnya perlu melepaskan ‘parking brake’ supaya pesawat berkenaan bergerak. Tentukan pendikit atau throttle pada kedudukan kuasa penuh untuk tujuan pelepasan maksimum.

Bagi tujuan pelepasan dan mendarat, pesawat akan dikendalikan secara manual. Apabila pesawat stabil dalam penerbangan, ia akan diselaras pula secara penerbangan automatik.

Bagi Miss Malaysia Tourism Queen 2018/2019, Chun Joo Yee, berkata percubaannya itu adalah pengalaman kali pertama beliau mengendalikan pesawat Boeing secara simulator dan cita-citanya untuk bergelar ‘juruterbang segera’ tertunai sebaik sahaja menyarungkan persalinan juruterbang pesawat komersial sebagai kapten.

JOEY teruja mengendalikan pesawat Boeing 737-800 NG secara simulator. NSTP - Intan Elliana Zakaria.
JOEY teruja mengendalikan pesawat Boeing 737-800 NG secara simulator. NSTP - Intan Elliana Zakaria.

“Tiba waktu mendarat, prosedur operasi standard (SOP) penerbangan perlu dipatuhi, beri tumpuan kepada flight director (FD) menuju ke landasan. Sekiranya pesawat berada pada kedudukan betul menuju ke landasan, lampu penunjuk laluan pendekatan ketepatan atau PAPI light akan kelihatan dua titik putih dan dua titik merah. Maka, pesawat akan mendarat selamat,” katanya.

Pereka fesyen, Nur Nadia Abd Razak, berkata apabila mengendalikan simulator beliau mengikut semua arahan jurulatih dan mematuhi SOP penerbangan, pesawat akan mendarat dengan selamat di landasan.

Namun, beliau berkata, apabila panik sekali gus membelakangi SOP penerbangan, pesawat bakal tersasar dari landasan atau berdepan risiko terhempas.

“Pengunjung perlu merasai pengalaman ini bagi mengetahui bagaimana kerjaya juruterbang dan keseronokan mengendalikan pesawat sebegini,” katanya

FAKTA NOMBOR

  • 189 penumpang - maksimum 737-800NG
  • 12,424 meter - ketinggian maksimum
  • 143 knots - kelajuan angin yang selamat untuk berlepas dan mendarat
  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X