Jumaat, 24 Jun 2022 | 12:13pm
 Pulau Timba-Timba yang indah dengan hidupan laut yang berwarna-warni. - Foto ihsan Airbnb
Pulau Timba-Timba yang indah dengan hidupan laut yang berwarna-warni. - Foto ihsan Airbnb

Percutian unik jauh dari tempat tumpuan pelancong

PERCUTIAN akan bertambah mudah, selesa, puas hati dan menenangkan apabila individu membuat perancangan secara menyeluruh dengan menentukan destinasi yang diingini dilawati sejajar dengan matlamat serta duit dibelanjakan berbaloi dalam segenap segi.

Untuk memudahkan pencarian itu, selain merujuk internet bagi mendapatkan semua maklumat, ada banyak pihak yang menyediakan platform bagi tujuan itu.

Bagi syarikat hospitaliti antarabangsa, Airbnb, umpamanya, melancarkan Panduan Pelancongan Edisi Malaysia yang pertama, baru-baru ini bersempena pembukaan semula sempadan antarabangsa yang sudah lama dinantikan.

Panduan pelancongan itu bertujuan memberi inspirasi kepada pelancong antarabangsa dan domestik untuk meneroka semula negara ini dengan melawat destinasi yang terkenal dan semakin popular serta memiliki permata tersembunyi yang tidak diketahui oleh kebanyakan penduduk tempatan.

Pelbagai permata tersembunyi

Bagi menyerlah dan melancarkan aktiviti yang mendebarkan, boleh juga meneroka keistimewaan hidangan yang lazat dan penginapan hospitaliti yang paling luar biasa di seluruh negara.

Sejajar dengan persiapan itu pengembara dialu-alukan kembali ke Malaysia selepas pembukaan semula antarabangsa negara ini.

 Pulau Kudat di Sabah yang mempunyai perairan bioluminesen yang unik.
Pulau Kudat di Sabah yang mempunyai perairan bioluminesen yang unik.

Ini sekali gus menonjolkan pelbagai permata tersembunyi di negara ini dan menyediakan sumber inspirasi perjalanan bagi membangkitkan keinginan dalam kalangan pengembara tempatan dan luar negara untuk meneroka Malaysia dengan selamat dan bertanggungjawab.

Justeru, ada beberapa destinasi paling popular yang kurang diketahui ramai, antara yang boleh dikunjungi bagi memastikan percutian unik yang jauh daripada tempat tumpuan pelancong biasa.

Lokasi unik

Lokasi itu adalah Pulau Timba-Timba yang indah dengan hidupan laut yang berwarna-warni; Pulau Kudat di Sabah yang mempunyai perairan bioluminesen yang unik; Sarikei kaya dengan budaya di Sarawak; Sungai Lembing menempatkan 'Air Terjun Pelangi' yang menakjubkan; dan Hutan Hujan Belum, salah satu hutan hujan tertua di dunia.

Terokai lebih banyak penginapan yang menakjubkan termasuk rumah kawasan desa unik yang diperbuat daripada buluh semula jadi.
Terokai lebih banyak penginapan yang menakjubkan termasuk rumah kawasan desa unik yang diperbuat daripada buluh semula jadi.

Penginapan paling luar biasa

Antara lima penginapan yang sangat unik daripada chalet di tepi pantai terpencil yang indah menghadap Laut China Selatan hingga percutian menakjubkan dibina di tebing gunung.

Terokai lebih banyak penginapan yang menakjubkan termasuk rumah kawasan desa unik yang diperbuat daripada buluh semula jadi, chalet Belanda gaya kolonial yang abadi di Melaka, dan kabin pantai Terengganu yang selesa di mana tetamu boleh tidur dan bangun dibelai bunyi ombak.

Pengalaman paling unik

Jadikan percutian anda sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan pengalaman istimewa dianjurkan oleh pakar tempatan yang bersemangat!

Berkayak di tanah paya dengan semula jadi dan ahli sejarah tempatan, pelajari semua tentang teknik canting dan pewarnaan batik, cuba menoreh getah, ikuti kelas silat bersama ahli silat dan sertai penjelajahan malam di hutan Langkawi.

Hidangan hebat terbaik untuk pencinta makanan

Malaysia terkenal dengan pelbagai jenis masakan lazat merentasi pelbagai budaya. Antara lima makanan terbaik yang mesti dicuba termasuk hidangan asli Kadazandusun; hinava; hidangan istimewa perayaan Gawai Dayak; manok pansoh dan hidangan Peranakan seperti ayam buah keluak yang membangkitkan selera.

Makanan unik di etnik di Sarawak.
Makanan unik di etnik di Sarawak.

Tip pelancongan paling popular

Bagi memastikan perjalanan selamat, lakukan ujian COVID-19 sebelum mengembara dan sediakan beberapa kit ujian aliran COVID-19 untuk ujian yang kerap.

Bersedia untuk aktiviti luar dengan membawa air dan barangan pelindung seperti semburan serangga mesra alam, pelindung matahari dan peti pertolongan cemas asas. Akhir sekali, nikmati keseronokan dengan libatkan komuniti tempatan. Dengan cara ini kita juga mungkin akan mendapat beberapa rakan baharu selepas percutian ini selesai.

Berita Harian X