Isnin, 22 November 2021 | 10:30am
Pemetaan FLIR pengkaji mencari laluan terbentuknya air panas dan mendorong Eco Setia bina telaga tiub dapatkan di kawasan tanah mereka.- Foto/Ihsan Mohd Hariri Arifin
Pemetaan FLIR pengkaji mencari laluan terbentuknya air panas dan mendorong Eco Setia bina telaga tiub dapatkan di kawasan tanah mereka.- Foto/Ihsan Mohd Hariri Arifin

'Melepak' di 15 kolam air panas

SEJAK kebelakangan ini dapat disaksikan kemeriahan sektor pelancongan kembali hidup selepas kerajaan membuka semula sekatan untuk merentas negeri.

Ini membolehkan individu yang 'kaki jalan' meneruskan aktiviti menjelajah pelbagai keindahan, dan keunikan lokasi di seluruh negara, sementara

menunggu kebenaran merentas dunia.

Banyak lokasi menarik, contohnya 'melepak' dan bersantai di kawasan mata air panas di negara ini termasuk di sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.

Di Selangor dan Kuala Lumpur sahaja, setakat ini, sebanyak 15 lokasi pembentukan mata air panas direkodkan oleh pasukan pengkaji Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Mungkin ramai tidak tahu atau terlepas pandang,

tetapi jika tahu pun mereka belum sempat sampai ke destinasi terbabit.

Pengunjung bersantai semasa hujan menikmati hangatnya air di kolam air panas Sungai Serai.- Foto /Ihsan Mohd Hariri Arifin
Pengunjung bersantai semasa hujan menikmati hangatnya air di kolam air panas Sungai Serai.- Foto /Ihsan Mohd Hariri Arifin

Bukan sekadar tarikan biasa

Menurut Ketua Kluster Geologi Kejuruteraan dan Bencana Geologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohd Hariri Arifin, kajian dilakukan bersama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan orang awam, mereka menemui kawasan atau kolam air panas bersuhu lebih tinggi, iaitu ada yang mencecah sehingga 71 darjah Celsius.

Penemuan kawasan air panas itu yang terhasil dari air bawah tanah secara geoterma dan mengalir keluar dari kerak bumi yang mempunyai suhu lebih tinggi berbanding air normal di kawasan persekitarannya.

Yang pasti, bukan sekadar tarikan biasa, malah kolam air panas ini juga dipercayai mempunyai manfaat dan khasiat tersendiri ketika merendamkan tubuh di dalam kolam air panas.

"Ramai datang berkunjung ke tapak sumber geoterma ini yang dikatakan boleh membantu merawat pelbagai penyakit berkaitan masalah kulit dan sakit sendi," katanya.

Kolam air panas di Kuala Lumpur

Mohd Hariri berkata, terdapat tiga penemuan utama air panas di kawasan Kuala Lumpur.

Lokasi pertama: Kolam air panas terletak di kawasan Resources Springs Apartment, Jalan Air Panas, Taman Ayer Panas, Kuala Lumpur.

Di situ ada sumber air panas dari tanah. Ingin ke tempat ini pelawat perlu mendapatkan kebenaran daripada pengawal keselamatan di tempat itu.

Kolam air panas di Ulu Kalong, di Selangor.- Foto/Ihsan Mohd Hariri Arifin
Kolam air panas di Ulu Kalong, di Selangor.- Foto/Ihsan Mohd Hariri Arifin

Lokasi kedua: Telaga air panas di kawasan rumah persendirian terletak di Jalan Ayer Hijau, Setapak. Beberapa rumah di kawasan itu juga dilaporkan mempunyai telaga persendirian yang airnya bersuhu panas sesuai untuk berendam.

Lokasi ketiga: Kolam air panas di tengah Jalan AU 3/1, Keramat. Cuma jalan menjadi rosak kerana air sentiasa mengalir dan akhirnya saluran khas dibina untuk menyalurkan air itu ke longkang terdekat.

Ketika ini, lokasi terbabit tidak sesuai untuk tujuan rekreasi tetapi ia sebagai memahami proses pembentukan jaluran air panas di kawasan ini mungkin membolehkan kita membangunkan kawasan yang berpotensi untuk kolam air panas bagi menarik kunjungan orang ramai.

Kolam air panas di Selangor

Mohd Hariri berkata, di Selangor, Hulu Langat adalah lokasi paling banyak dijumpai air panas.

"Lokasi pertama di kawasan Kampung Jawa, di sini. Penemuan air panas itu mengejutkan kita ketika kerja pembinaan telaga tiub di tapak masjid di kampung itu, pada 2019.

"Penemuan secara tidak sengaja itu mendorong banyak pihak untuk lebih memahami proses kejadian air panas yang suhunya hampir 50 darjah Celsius di kawasan Hulu Langat.

"Kemudahan bilik mandi kecil disediakan untuk memberi keselesaan kepada pengunjung untuk mandi di kawasan telaga tiub Kampung Jawa ini," katanya.

Air Panas di Gombak
Air Panas di Gombak

Air panas suhu lebih 70 darjah Celsius

Selain itu, ada empat lagi lokasi air panas di kawasan Hulu Langat.

Air panas itu terletak di kawasan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), iaitu lokasi air terpanas di Selangor dengan bacaan suhu melebihi 70 darjah Celsius.

Tidak jauh dari IKTBN, ada kolam air panas Sungai Serai yang sering dikunjungi masyarakat juga dipercayai untuk tujuan perubatan.

Kolam air tanah turut ditemui di Sungai Lalang, Semenyih, iaitu dikenali sebagai Kompleks Air Panas Dusun Tua. Lokasinya terletak agak jauh daripada empat lokasi air panas di kawasan Hulu Langat.

Air panas tercantik, terurus di Selangor

Mohd Hariri berkata, Kolam Air Panas di Sungai Serai, Hulu Langat ini pula adalah kolam paling cantik dan diurus dengan baik di Selangor.

Katanya, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui program Service Learning Community – University for Society (SULAM) bekerjasama dengan UKM untuk memberi tumpuan berikut potensi besar air panas yang ada di kawasan Hulu Langat untuk dimajukan sebagai daya tarikan pengunjung dan kepentingan rakyat.

Air panas di Taman Rimba Templer

Sumber kecil mata air panas juga ditemui di tepi sungai Taman Rimba Templer dengan suhu hampir 40 darjah Celsius.

"Ramai tidak tahu kewujudan air panas di tepi sungai ini. Pihak Setia Eco Templer juga sudah melakukan pembinaan telaga tiub dalam jajaran jalur air panas itu untuk dimajukan sebagai satu daya tarikan baru di kawasan itu.

"Bahagian utara Selangor, terdapat empat lokasi air panas. Salah satu daripadanya terletak berhampiran Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Kubu Baharu.

"Jalannya lengkap berturap dan mempunyai beberapa kolam yang dibina dengan baik menjanjikan pengalaman menarik buat pengunjung," katanya.

Kolam air panas Kerling

Mengulas lanjut, kolam air panas Kerling, Ulu kalong dan Ulu Tamu pula terletak di kawasan yang banyak terdapat tapak perkhemahan sesuai dikunjungi.

Resort Cholo-Cholo di Ulu Tamu mempunyai sumber air panas yang dimajukan sesuai untuk pengguna meluangkan masa sambil bermalam di tapak itu.

"Penggunaan pacuan empat roda lebih disyorkan jika merancang untuk ke kawasan Ulu Tamu dan Ulu Kalong," katanya.

GAMBAR kiri; Beberapa punca mata air panas dijumpai AU3 Keramat, tapi tidak sesuai dan perlu kajian menyeluruh. Gambar kanan; Air panas di IKTBN yang paling panas dengan 71.9 darjah Celsius di Selangor.- Foto/Ihsan Mohd Hariri Arifin
GAMBAR kiri; Beberapa punca mata air panas dijumpai AU3 Keramat, tapi tidak sesuai dan perlu kajian menyeluruh. Gambar kanan; Air panas di IKTBN yang paling panas dengan 71.9 darjah Celsius di Selangor.- Foto/Ihsan Mohd Hariri Arifin

Banyak geologi mampu tarik perhatian

PLANMalaysia atau lebih dikenali sebagai Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, kini semakin rancak menggerakkan usaha merealisasikan penubuhan Geopark Gombak – Hulu Langat berikutan penemuan beberapa kolam air panas yang berpotensi dimajukan.

Mohd Hariri Arifin, kawasan itu adalah antara tapak geologi yang menarik dalam usaha PLANMalaysia ke arah itu membabitkan kawasan air panas.

Contohnya di Gombak dan Selayang mempunyai tiga lokasi punca air panas. Ini termasuk Air Panas Batu 9, Gombak, terletak dalam kawasan tanah persendirian.

Banyak punca air panas

Lokasi air panas berkenaan boleh dikunjungi, yang kini pembangunan punca air panas di kawasan itu tidak diusahakan dengan baik oleh pemilik tanah. Kajian pihak UKM mendapati kawasan ini sangat sesuai untuk dimajukan kerana jaraknya tidak jauh dari ibu kota

"Lokasi lain ada di Selayang, iaitu terletak di tepi jalan utama Kuala Lumpur–Rawang yang pasti menjadi daya tarikan kepada pengguna yang melalui jalan itu.

"Kolam ini ditutup sementara untuk menaik taraf. Pernah ada cadangan menjadikan kawasan ini pusat membeli-belah dilengkapi kolam air panas dan boleh singgah ke sini.

"Dengan perkongsian taburan air panas di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur ini boleh dijadikan sumber rujukan dan menarik lebih ramai lagi pengunjung ke kawasan itu," katanya.

Berita Harian X