Isnin, 5 April 2021 | 11:52am
Mural gergasi Allahyarham Sudirman antara tarikan di Art Street Kuantan.- Foto Asrol Awang
Mural gergasi Allahyarham Sudirman antara tarikan di Art Street Kuantan.- Foto Asrol Awang

Lorong sepi, suram kembali bermaya

Dulu laluan lorong belakang Jalan Mahkota dan Jalan Besar, Kuantan, Pahang sepi, muram dan tiada siapa pernah kisah lokasi itu.

Selepas kawasan itu diperindahkan dan dihiasi 36 lakaran lukisan mural berkaitan identiti negeri Pahang, dikenali sebagai Kuantan Art Street, semuanya berubah.

Lantas, lukisan potret penyanyi terkenal Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, pantai Cherating, rama-rama, kerbau di pantai Beserah, naga, penjual permaidani, peniaga burger, tukang gunting, permainan tradisional dan Taman Kerang dan banyak lagi jadi tumpuan.

Sejak pemasyhuran Kuantan sebagai bandar raya 21 Februari lalu, kira-kira 50,000 orang sudah mengunjungi Kuantan Art Street.

Kawasan itu juga diterangi lampu pada waktu malam menjadi tarikan baharu di Kuantan.

Inisiatif Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menaik taraf dinding bangunan dan kedai untuk menarik kehadiran pengunjung sewajarnya dipuji.

Mural mengenai kegiatan ekonomi di Kuantan.- Gambar Asrol Awang
Mural mengenai kegiatan ekonomi di Kuantan.- Gambar Asrol Awang

Rata-rata pengunjung teruja dan kagum dengan lukisan dihasilkan hampir semua berkonsepkan tiga dimensi (3D).

Pengunjung bergambar dan memberi pengalaman baharu kepada mereka," katanya.

Jaga elak vandalisme

MBK juga memastikan lokasi itu diselenggara dengan baik termasuk kegiatan vandalisme untuk mengelak pembaziran.

Dua sistem kamera litar tertutup (CCTV) dipasang 24 jam bagi memantau sepanjang laluan 200 meter itu.

Yang penting pengunjung perlu mengutamakan kebersihan di situ.

Jaga SOP

Antara lukisan menyerikan dinding bangunan di sekitar Art Street.- Gambar Asrol Awang
Antara lukisan menyerikan dinding bangunan di sekitar Art Street.- Gambar Asrol Awang

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, berkata jumlah kunjungan ke Kuantan Art Street akan meningkat sebaik sahaja rentas negeri dibenarkan.

Bagi menyekat penularan wabak COVID-19, semua pihak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan penjarakan fizikal ketika di lokasi itu.

"Lokasi tumpuan apabila berada di Kuantan," katanya.

Berita Harian X