Ahad, 5 Julai 2020 | 10:00am
Masjid Melayu Lebuh Acheh yang dibina pada tahun 1808 oleh Putera Acheh, Tunku Syed Hussain Idid, pernah menjadi tempat persinggahan jemaah haji dan perdagangan rempah. - Foto Zuhainy Zulkiffli
Masjid Melayu Lebuh Acheh yang dibina pada tahun 1808 oleh Putera Acheh, Tunku Syed Hussain Idid, pernah menjadi tempat persinggahan jemaah haji dan perdagangan rempah. - Foto Zuhainy Zulkiffli
Bangunan kolonial di sekitar Lebuh Cannon, di sini, turut menjadi tumpuan kaki lensa bagi merakamkan gambar vintaj. - Foto Zuhainy Zulkiffli
Bangunan kolonial di sekitar Lebuh Cannon, di sini, turut menjadi tumpuan kaki lensa bagi merakamkan gambar vintaj. - Foto Zuhainy Zulkiffli
Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai yang didirikan pada tahun 1908, turut mencipta sejarah tersendiri berikutan menjadi jabatan bomba dan penyelamat tertua di Malaysia. - Foto Zuhainy Zulkiffli
Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai yang didirikan pada tahun 1908, turut mencipta sejarah tersendiri berikutan menjadi jabatan bomba dan penyelamat tertua di Malaysia. - Foto Zuhainy Zulkiffli
Masjid Kapitan Keling di Jalan Masjid Kapitan, di sini, dibina di kawasan pemberian Syarikat Hindia Timur pada tahun 1801. - Foto Zuhainy Zulkiffl
Masjid Kapitan Keling di Jalan Masjid Kapitan, di sini, dibina di kawasan pemberian Syarikat Hindia Timur pada tahun 1801. - Foto Zuhainy Zulkiffl
Penang Bazaar di Jalan Penang, di sini, yang wujud sekitar 1900, masih beroperasi sehingga kini. - Foto Zuhainy Zulkiffli
Penang Bazaar di Jalan Penang, di sini, yang wujud sekitar 1900, masih beroperasi sehingga kini. - Foto Zuhainy Zulkiffli
Panggung wayang gambar atau pawagam Majestic di Jalan Phee Choon, yang didirikan pada tahun 1926 menjadikannya sebagai pawagan pertama di Pulau Pinang. - Foto Zuhainy Zulkifflki
Panggung wayang gambar atau pawagam Majestic di Jalan Phee Choon, yang didirikan pada tahun 1926 menjadikannya sebagai pawagan pertama di Pulau Pinang. - Foto Zuhainy Zulkifflki

Gamit nostalgia di bandar warisan

Tanggal 7 Julai ini, ulang tahun ke-12 Georgetown diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Meskipun tiada Perayaan Warisan Georgetown 2020 dan Georgetown Festival 2020 sempena ulang tahun pengiktirafan itu susulan penularan COVID-19, namun orang ramai sudah dibenarkan melawat lokasi tumpuan pelancong.

Justeru, keunikan Pulau Pinang yang terkenal dengan keindahan pantai, sudah pasti perkembangan percampuran etnik, seni, budaya dan warisannya yang masih terpelihara sehingga kini, menjadi tarikan utama untuk diterokai.

Tinggalan sejarah seperti meriam di Kota Cornwallis, rumah ibadat, menara jam, serta deretan bangunan kolonialnya yang masih tersergam megah menyerlahkan lagi keunikan Pulau Mutiara.

Kedudukan lokasi warisan yang terletak pada jarak berhampiran antara satu sama lain juga menjadikannya mudah dijejaki dan bakal memberi pengalaman istimewa.

Sama ada berjalan kaki, pengunjung juga boleh menyewa basikal dengan kadar serendah RM8, yang ditawarkan di beberapa kedai basikal di sekitar bandar raya seperti Lebuh Chulia dan Lebuh Armenian.

Bersiar-siar di sekitar bandar raya, ibarat kembali ke zaman silam kerana bukan sahaja struktur bangunannya yang masih terpelihara, malah masih mengekalkan corak dan kemasannya sehingga kini.

Justeru, tidak hairan jika bangunan lama ini menjadi tumpuan kaki lensa bagi merakamkan gambar dengan pelbagai gaya vintaj.

Rumah ibadat seperti Masjid Lebuh Acheh, Masjid Kapitan Keling, Kuil Kuan Yin, Kuil Sr Mariamman dan Gereja St George menunjukkan kepelbagaian agama yang bertapak di negeri ini malah ada antaranya yang sudah didirikan sejak sekitar tahun 1700-an lagi.

Masjid Melayu Lebuh Acheh yang dibina pada tahun 1808 oleh Putera Acheh, Tunku Syed Hussain Idid, pernah menjadi tempat persinggahan jemaah haji dan perdagangan rempah. - Foto Zuhainy Zulkiffli
Masjid Melayu Lebuh Acheh yang dibina pada tahun 1808 oleh Putera Acheh, Tunku Syed Hussain Idid, pernah menjadi tempat persinggahan jemaah haji dan perdagangan rempah. - Foto Zuhainy Zulkiffli

Setiap satunya mempunyai sejarah tersendiri, diserikan lagi dengan keunikan struktur binaannya mengikut era ia dibina.

Masjid Lebuh Acheh antara yang menyaksikan sejarah pengurusan jemaah haji sekitar 1800 hingga 1962 sebelum diambil alih Lembaga Tabung Haji.

Jolokan 'Jeddah kedua'

Pulau Pinang juga mendapat jolokan sebagai Jeddah Kedua sekitar 1900 berikutan ia menjadi lokasi jemaah haji dari Asia Tenggara berkumpul sebelum berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan rukun Islam kelima.

Ketika itu jemaah dari utara tanah air, Indonesia, Thailand, Myanmar dan lain-lain lagi berkumpul di Tanjong (yang kini dikenali sebagai Georgetown) sementara menunggu ketibaan kapal haji di Pelabuhan Port Swentenham.

Setiap kali musim haji, sebahagian bandar raya terutama di Lebuh Acheh, Padang Kota dan Jalan Masjid Kapitan Keling sesak dan dibanjiri ribuan orang yang 'berkampung' bersama sanak-saudara sementara menunggu kapal tiba.

Di Jalan Masjid Kapitan Keling juga dapat dilihat deretan kedai emas lama yang masih beroperasi menandakan kegemilangannya pada waktu itu.

Bangunan kolonial di sekitar Lebuh Cannon, di sini, turut menjadi tumpuan kaki lensa bagi merakamkan gambar vintaj. - Foto Zuhainy Zulkiffli
Bangunan kolonial di sekitar Lebuh Cannon, di sini, turut menjadi tumpuan kaki lensa bagi merakamkan gambar vintaj. - Foto Zuhainy Zulkiffli

Menara Jam Peringatan Qeen Victoria dibina pada tahun 1897 dan Kota Cornwallis (1786) di sekitar Padang Kota juga sarat dengan sejarahnya di negeri ini.

Di Kota Cornwallis, beberapa laras meriam, peluru dan senjata lama masih tersimpan rapi bagi tatapan generasi baru.

Kerja mencari bahan sejarah masih dilakukan sehingga kini diikuti penemuan dua laras meriam di pintu barat Kota Cornwallis pada 2018, dua lagi di stor kota berkenaan pada tahun yang sama.

Dua lagi ditemui di Jalan Tun Syed Barakbah berhampiran Padang Kota Lama pada Disember tahun lalu ketika kerja menaik taraf tembok dijalankan.

Tidak cukup untuk diceritakan, datanglah sendiri ke Pulau Pinang bagi menjejaki warisan yang masih ada.

Antara lokasi lain ialah Kuil Kek Lok Si, Rumah Agam Cheong Fatt Tze, Rumah Agam Peranakan Penang, Muzium Islam Pulau Pinang, Muzium Negeri Pulau Pinang, Taman Botani dan Bukit Bendera.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan (PETACH) Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin berkata, sejak pengiktirafannya 12 tahun lalu, bandar raya ini sudah berkembang sebagai tapak warisan terkenal.

Panggung wayang gambar atau pawagam Majestic di Jalan Phee Choon, yang didirikan pada tahun 1926 menjadikannya sebagai pawagan pertama di Pulau Pinang. - Foto Zuhainy Zulkifflki
Panggung wayang gambar atau pawagam Majestic di Jalan Phee Choon, yang didirikan pada tahun 1926 menjadikannya sebagai pawagan pertama di Pulau Pinang. - Foto Zuhainy Zulkifflki

Tapak Warisan Dunia seluas 259 hektar itu merangkumi 3,853 bangunan warisan dan 1,160 struktur moden, bukan sahaja dimiliki tetapi diduduki dan digunakan bagi pelbagai tujuan membentuk perkembangan yang vibrant.

"Kerajaan bekerjasama dengan UNESCO, badan penasihat antarabangsa, agensi profesional serta dengan Tapak Warisan Dunia yang lain bagi menjadikan Georgetown sebagai tapak contoh terbaik.

"Pelbagai usaha dilakukan bagi membantu membangkitkan semula industri pelancongan termasuk memberikan insentif, menubuhkan 'Pasukan Kerja Next Normal Pelancongan Pulau Pinang', Penubuhan Lembaga Nasihat Pemulihan Ekonomi Pelancongan Pulau Pinang (PETERAB), pengecualian fi hotel selama enam bulan, memulakan Program Akreditasi Pematuhan COVID-19, Skim Peka 1.0 dan 2.0 dan lain-lain.

Walaupun penganjuran 'Festival George Town' tahun ini dibatalkan bagi mengurangkan perhimpunan membabitkan orang ramai, namun ia tetap disambut menerusi dalam talian buat julung kali.

Festival bermula pada 4 hingga 19 Julai yang mana peminat kesenian boleh menikmati pelbagai pertunjukan menerusi telefon bimbit atau komputer masing-masing.

"Digitalisasi karya dan program kesenian juga adalah salah satu usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi membantu sektor kesenian dan kebudayaan untuk bangkit semula daripada penularan wabak COVID-19," katanya.

Penang Bazaar di Jalan Penang, di sini, yang wujud sekitar 1900, masih beroperasi sehingga kini. - Foto Zuhainy Zulkiffli
Penang Bazaar di Jalan Penang, di sini, yang wujud sekitar 1900, masih beroperasi sehingga kini. - Foto Zuhainy Zulkiffli

Berita Harian X