Jumaat, 15 September 2017 | 11:35pm
HASAN (kanan) bermain ping pong bersama Gabenor Medan, Ir H Tengku Erry Nuradi ketika singgah di Medan pada misi jelajah Sabang ke Merauke, pada Mac 2015. - Foto Hasriyasyah Sabudin
HASAN (kanan) bermain ping pong bersama Gabenor Medan, Ir H Tengku Erry Nuradi ketika singgah di Medan pada misi jelajah Sabang ke Merauke, pada Mac 2015. - Foto Hasriyasyah Sabudin
HASAN (kiri) menyertai kayuhan 'Nite Ride' pada pelancaran Karnival 1001 Rasa Sate Kajang di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, pada Disember 2013. - Foto Asyraf Hamzah
HASAN (kiri) menyertai kayuhan 'Nite Ride' pada pelancaran Karnival 1001 Rasa Sate Kajang di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, pada Disember 2013. - Foto Asyraf Hamzah
HASAN (depan) sukakan cabaran sejak di dalam perkhidmatan lagi.
HASAN (depan) sukakan cabaran sejak di dalam perkhidmatan lagi.

'Wira Daratan' kekal aktif walaupun pencen

STIGMA lepas bersara daripada alam pekerjaan sekadar ingin berehat dan beribadat, tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah serta menyihatkan tubuh badan seharusnya diketepikan.

Sebaliknya, bebas melakukan sesuatu yang anda suka berlandaskan undang-undang dan syarak, disamping menyukai apa yang dilakukan itu.

Itulah falsafah bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman, 63, yang pernah diiktiraf sebagai 'Wira Daratan' atas kejayaan beliau berbasikal mengelilingi dunia selama setahun bermula Januari 2001.

"Saya sukakan cabaran sejak di dalam perkhidmatan lagi. Saya bukan saja berbasikal, malah dalam usia emas ini masih boleh bermain futsal pada setiap hujung minggu dan mendaki gunung.

"Rutin hidup mingguan saya adalah berbasikal 3 kali seminggu ( 100 km ), berenang 2 kali dan futsal 2 kali , bagi mengekalkan stamina dan kecergasan. Sentiasa positif dalam kehidupan dan banyak bersyukur kpd Tuhan.

"Malah, ketika melakukan ujian kecergasan jasmani kebangsaan (UKJK) setiap enam bulan sekali, pegawai yang mengendalikannya terkejut mendapati nadi dan degupan jantung saya seperti orang berusia 40 tahun," katanya kepada BH.

BEKAS Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman. - Foto Azhar Ramli
BEKAS Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman. - Foto Azhar Ramli

Hasan Nawawi berkata, sebagai pesara mereka perlu menjaga kesihatan dengan melakukan senaman di samping pemakanan yang betul.

"Kenapa di alam perkhidmatan mereka boleh melakukannya dengan jadual yang disediakan, apabila bersara rutin aktiviti sebegini dilupakan.

"Pada saya apabila kesihatan kita berada di tahap terbaik, apa jua aktiviti termasuk ibadat boleh dilakukan. Seharusnya rutin semasa perkhidmatan dulu perlu dikekalkan.

Selain daripada mendekatkan diri dengan Allah, orang pencen perlu ada hobi kerana ia boleh menggembirakan kehidupan mereka," katanya.

Diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai rakyat Malaysia pertama berbasikal mengeliling dunia, beliau kini dalam melakukan persiapan akhir untuk melakukan program berbasikal secara solo ke lapan buah negara Balkan yang bermula Selasa ini (19 September hingga 10 Disember).

"Kalau kembara 2001-2002 yang lalu, saya ditemani adik, Ahmad Ridhwan menjelajah 18 negara selama 389 hari tetapi kali ini bersendirian untuk melengkapkan perjalanan ke beberapa negara.

"Dahulu kami berdua terburu-buru mengejar masa kerana waktu itu saya diberikan cuti tanpa gaji selama setahun sebulan. Alhamdulillah,kami berdua berjaya menyempurnakan misi selama setahun dua minggu bagi jarak 26,565 kilometer, satu jangka masa yang cukup lama serta mencabar," katanya.

HASAN (kiri) bersama Azman Toha di Medan ketika misi jelajah Sabang ke Merauke, pada Mac 2015. - Foto Hasriyasyah Sabudin
HASAN (kiri) bersama Azman Toha di Medan ketika misi jelajah Sabang ke Merauke, pada Mac 2015. - Foto Hasriyasyah Sabudin

Katanya, misi jelajah lapan negara Balkan ini sejauh 5,200 kilometer, beliau akan lebih santai memandangkan ingin melawat beberapa lokasi yang gagal dikunjungi 15 tahun lalu.

"Untuk misi kali ini, saya akan bermula di Taheran, Iran sebelum ke Turki, Bulgaria, Serbia, Bosnia, Croatia, Slovenia dan berakhir di Venice, Itali. Saya akan mengayuh sejauh 80 hingga 100 kilometer sehari dan menjangkakan 75 hari bagi menamatkan misi kali ini.

"Seperti Iran, Turki dan Itali, saya pernah melalui perjalanan di situ pada misi lalu. Kunjungan ke sana adalah untuk mencari beberapa kenalan (pemandu lori dan orang kampung) yang pernah membantu memberikan air semasa kembara 2001-2002," katanya.

Mengenai cabaran misi kali ini, beliau menjangkakan agak 'mencabar', namun sudah membuat persiapan sebaik mungkin hanya berserah kepada Allah.

 "Untuk melakukan misi seperti ini, mereka perlu memiliki ketahanan mental dan fizikal, berkemahiran (menunggang basikal pada jarak jauh dan membaik pulih basikal), alat ganti (tiub, tayar, rantai, tali brek dan rim) serta peralatan untuk membaikinya.

 "Kalau alat ganti sudah kehabisan dan tidak sesuai kenalah membelinya di negara yang disinggahi," katanya.

HASAN (dua dari kiri) bermain futsal bersama pelajar Malaysia di Medan ketika misi jelajah Sabang ke Merauke, pada Mac 2015. - Foto Hasriyasyah Sabudin
HASAN (dua dari kiri) bermain futsal bersama pelajar Malaysia di Medan ketika misi jelajah Sabang ke Merauke, pada Mac 2015. - Foto Hasriyasyah Sabudin

Mengimbau kejayaan lalu, Hasan Nawawi berkata, aktiviti lasaknya itu tidak berhenti selepas misi 2001 - 2002, sebaliknya terus aktif mengadakan program jelajah seluruh Indonesia, Laos, Vietnam, Kampuchea , Thailand dan Monggolia. Di samping telah mendaki gunung Kinabalu sebanyak sembilan kali.

"Malah, saya pernah menghantar dua penunggang basikal untuk memecahkan rekod saya mengelilingi dunia itu, namun tidak berjaya dilakukan kerana sudah mengatasi jangka masa yang ditetapkan.

 "Untuk mengatasi rekod saya itu, mereka perlu mengurangkan paling maksimum 90 hari, namun mereka hanya sekadar berjaya mengayuh 2/3 negara yang dilawati," katanya.

Mengenai misi kali ini, beliau ingin membuktikan kepada rakyat Malaysia, mereka yang sudah berusia seperti saya boleh melakukannya. Pada masa yang sama, saya berharap ia dapat menyuntik semangat juang kepada generasi muda menyahut cabaran selaras dengan slogan 'Malaysia Boleh'.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X