Ahad, 13 Ogos 2017 | 12:08am

120 penerjun 'base jump' cabar Gua Damai

KUALA LUMPUR: Cuba anda bayangkan apa berlaku jika kita terjatuh dari ketinggian antara 300 hingga 500 meter dengan kepantasan 10 saat untuk sampai ke permukaan bumi, maka sudah pasti nyawa akan melayang begitu sahaja.

Itulah situasi akan berlaku jika penggiat sukan ekstrem cuai atau timbul sebarang masalah teknikal ketika melakukan aksi terjun base jump.

PESERTA Base Jump beraksi di Gua Damai, baru-baru ini. - Foto Ihsan Pembaca
PESERTA Base Jump beraksi di Gua Damai, baru-baru ini. - Foto Ihsan Pembaca

Namun, bagi peminat tegar sukan base jump risiko kecederaan parah, hilang nyawa atau tersangkut di pokok atau melanggar bangunan adalah memang ada, tetapi ia mampu membangkitkan rasa teruja dan merangsang pecutan adrenalin masing-masing.

Oleh itu, saban tahun beratus peminat sukan ekstrim dari seluruh dunia dan tempatan sanggup membelanjakan wang beribu ringgit untuk menyertai Gua Damai International Base Jump di Batu Caves, Selayang, Selangor.

Malah, difahamkan sehingga kini lebih 120 penerjun dari dalam dan luar negara sudah menghantar borang untuk menyertai Gua Damai International Base Jump 2017 selama dua hari, pada 26 dan 27 September ini.

PENGURUS Wira Adventure Consultant, Mustapa Al Bakri (kiri) berbincang bersama seorang peserta base jump mengenai aspek keselamatan di Gua Damai. - Foto Ihsan Pembaca
PENGURUS Wira Adventure Consultant, Mustapa Al Bakri (kiri) berbincang bersama seorang peserta base jump mengenai aspek keselamatan di Gua Damai. - Foto Ihsan Pembaca

Tanpa wang tunai

Pengurus Acara Wira Adventure Consultant, Mustapa Al Bakri, berkata beliau gembira kerana pertandingan tahunan dianjurkan sejak 10 tahun lalu itu mendapat sambutan menggalakkan diterima daripada peminat dan penggiat sukan ekstrim dari seluruh dunia, biarpun tiada hadiah wang tunai ditawarkan.

Mustapa berkata pihaknya terpaksa melakukan saringan bagi memilih hanya 100 daripada 120 peserta tempatan dan luar negara yang sudah menghantar borang penyertaan kerana tempat adalah terhad.

"Kita juga menetapkan syarat setiap peserta mestilah mempunyai pengalaman melakukan terjun udara atau 'sky diving' melebihi 100 kali, sebelum mereka akan dibenarkan menyertai pertandingan ini.

TERJUNAN Base Jump di Gua Damai memerlukan 10 saat untuk tiba di permukaan. - Foto Ihsan Pembaca
TERJUNAN Base Jump di Gua Damai memerlukan 10 saat untuk tiba di permukaan. - Foto Ihsan Pembaca

"Kita berharap langkah ini dapat mengelak sebarang insiden tidak diingini berlaku kerana 'base jump' sukan berisiko tinggi dan hanya mereka berpengalaman dan profesional sahaja dibenarkan berbuat demikian," katanya.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Gua Damai International Base Jump 2017 boleh menghubungi Mustapa Al-Bakri di talian 012-4812005 atau melayari https://www.facebook.com/guadamaibasejump/ atau www.guadamai.blogspot.com.

PESERTA Base Jump beraksi di Gua Damai, baru-baru ini. - Foto Ihsan Pembaca
PESERTA Base Jump beraksi di Gua Damai, baru-baru ini. - Foto Ihsan Pembaca

Info: Senarai sukan lasak di Gua Damai

1 - Mendaki dinding batu kapur

2 - Zip line atau flying fox

3 - Base Jump

4 - Jelajah hutan

5 - Menerokai gua

6 - Abseiling

7 - Trek BMXU

Info lanjut hubungi:

Wira Adventure Consultant

Emel - guadamaixpark@ gmail.com

Layari - http://guadamai.blogspot.com atau www.guadamai.com atau www.guaconsultant.com

Hp - 0124812005 (Mustapa)

Berita Harian X