Sabtu, 13 November 2021 | 3:54pm

Tonton Dendam Penunggu dengan hanya RM 12.90

ZUL , Sarah, Bainun, Nazrin dan Khairy adalah pelajar baharu di sebuah sekolah berprestasi tinggi, Kolej Kebangsaan Malaya. 

Kolej ini dikatakan, mempunyai misteri yang terletak di Blok M dan mereka telah diberi peringatan supaya tidak pergi ke blok berkenaan.

Bagaimanapun, mereka tetap menceroboh blok larangan itu, tetapi kecewa apabila mendapati blok M hanyalah sekadar bilik asrama yang lama telah ditinggalkan. 

Tanpa disedari, kehadiran mereka telah membangkitkan sesuatu yang misteri di blok itu dan mereka menghadapi pelbagai gangguan ghaib. Mampukah mereka menghentikan gangguan ngeri atau sejarah bakal berulang kembali?

Diarahkan oleh Faizul Jais, filem berjudul Dendam Penunggu ini adalah  filem pertama daripada tonton CINEMA dan telah mula ditayangkan pada 5 November lalu. 

Dibarisi oleh barisan pelakon kian meningkat naik seperti Ismail Izzani, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Imran Aqil, Shasha Abedul, Ahmad Syafiq, Hakim Nordin dan Ahmad Adly. 

Selain itu, Sherry Alhadad, Amerul Affendi dan Hasnul Rahmat turut membantu menjayakan filem eksklusif tonton CINEMA ini. 

Penyanyi terkenal, Khai Bahar pula mendendangkan runut bunyi rasmi filem ini berjudul 'Sengsara' yang boleh didengarkan menerusi platform muzik digital utama seperti Spotify, Youtube, Joox dan banyak lagi.

Bagi yang gemarkan filem bergenre seram, pastikan anda tidak lupa untuk menonton filem Dendam Penunggu pada kadar harga RM 12.90 untuk 48 jam masa tontonan menerusi laman sesawang rasmi tonton CINEMA atau  memuat turun aplikasi tonton CINEMA.

Berita Harian X