Sabtu, 18 March 2023 | 3:12pm
Reddick ditemui mati dalam kediamannya di Los Angeles secara tiba-tiba atas sebab semula jadi, semalam - Foto AGENSI
Reddick ditemui mati dalam kediamannya di Los Angeles secara tiba-tiba atas sebab semula jadi, semalam - Foto AGENSI

Pelakon filem 'John Wick', Lance Reddick meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bintang filem John Wick dan The Wire, Lance Reddick, 60, ditemui mati dalam kediamannya di Los Angeles, semalam.

Berita pemergiannya disahkan oleh wakil publisiti, Mia Hansen.

"Reddick akan sangat dirindui. Tolong hormati privasi keluarganya pada masa ini.

"Beliau meninggal dunia secara tiba-tiba, atas sebab semula jadi," kata Hansen dalam satu kenyataan, namun enggan memberikan butiran lanjut.

Terdahulu, Reddick yang terkenal dengan watak Charon dalam filem francais John Wick meninggal dunia hanya seminggu sebelum John Wick Chapter 4 disiarkan.

Dua minggu lalu, Reddick menghadiri sidang media mempromosikan filem John Wick Chapter 4 di Los Angeles, lapor United Press International (UPI).

Reddick membintangi keempat-empat filem John Wick, bermula dengan filem asal pada 2014.

Sementara itu, penerbit drama bersiri, The Wire, David Simon menyatakan kesedihan atas pemergian Reddick.

"Beliau profesional dan sempurna. Gandingan setia dan berjiwa indah.

"Ini hanya menyusahkan dengan cara iaitu terlalu cepat untuk kita mengenali dan mencintainya," tulisnya.

Reddick yang terkenal dengan watak Charon dalam filem francais John Wick meninggal dunia hanya seminggu sebelum John Wick Chapter 4 disiarkan. - Foto AGENSI
Reddick yang terkenal dengan watak Charon dalam filem francais John Wick meninggal dunia hanya seminggu sebelum John Wick Chapter 4 disiarkan. - Foto AGENSI

Dalam masa sama, rakan gandingan Reddick dalam drama itu, Wendell Pierce turut memberi penghormatan menerusi ciapan di Twitter.

"Seorang lelaki yang mempunyai kekuatan dan rahmat besar.

"Beliau seorang pemuzik, pelakon berbakat dan lambangnya berkelas. Kesedihan dan pedih tiba-tiba hadir, tidak dijangka meninggalkan keluarga seninya," tulisnya.

Reddick, 60, dilahirkan di Baltimore dan terkenal dengan wataknya sebagai Lt Cedric Daniels iaitu anggota polis Baltimore dalam drama HBO, dari 2002 hingga 2008.

Sebelum John Wick, Reddick muncul dalam filem The Guest, White House Down, Jonah Hex, Don't Say a Word dan banyak lagi. - AGENSI

Berita Harian X