Selasa, 7 Februari 2023 | 4:00pm
Tak berdiam diri, Atiq Azman bakal ambil tindakan undang-undang - Foto IG Atiq Azman.
Tak berdiam diri, Atiq Azman bakal ambil tindakan undang-undang - Foto IG Atiq Azman.

Dituduh gay, Atiq Azman beri amaran

KUALA LUMPUR: Pelakon Atiq Azman tampil membuka mulut selepas pelbagai tuduhan dilemparkan kepadanya gara-gara kerap berkongsi foto seksi ketika melakukan rutin harian di gimnasium.

Perkara itu dikongsi Atiq menerusi komen balas dalam ruangan Instagram miliknya, baru-baru ini selepas ada individu tampil memberikan komen dan menuduhnya sebagai gay.

Atiq atau nama sebenarnya, Raja Atiqullah Syah Raja Azman berkata, dia tidak teragak-agak untuk menyaman mana-mana individu yang memberikan tuduhan tidak berasas.

Malah, katanya, dia juga memberi amaran agar pengikutnya tidak memadam dan menyekat daripada laman sosial selepas meninggalkan komen keterlaluan.

"Siap sedia, saya nak saman. Jangan padam atau sekat saya pula," tulisnya.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA, rata-rata pengikut Atiq tampil mempertahankan aktor kesayangan mereka dan menyokong tindakannya untuk membawa kes ini ke mahkamah.

Terdahulu, Atiq menegaskan perkongsiannya sekadar pembakar semangat buat mereka di luar sana untuk mencapai sasaran selepas bekerja keras di gimnasium, bukannya mahukan perhatian semata-mata. - XTRA

Berita Harian X