Ahad, 19 Jun 2022 | 10:03am
Saudara mara dan kenalan yang mengunjungi kediaman keluarga Adibah dan beberapa petugas media di perkarangan rumah keluarga arwah. Foto HM Online
Saudara mara dan kenalan yang mengunjungi kediaman keluarga Adibah dan beberapa petugas media di perkarangan rumah keluarga arwah. Foto HM Online

Kediaman Allahyarham Adibah Noor jadi perhatian

KUALA LUMPUR: Kediaman keluarga penyanyi Allahyarham Adibah Noor, 52, di Keramat Permai, di sini mula dikunjungi sanak-saudara dan jiran sejak jam 7 pagi tadi.

Harian Metro yang sempat menyapa seorang ahli keluarga berkata, mereka mula berkumpul sejak semalam sejurus menerima khabar duka itu.

"Kebanyakan keluarga sudah datang sejak semalam lagi. Pagi ini jiran tetangga pula datang menziarah dan baca Yasin," katanya.

Malam tadi, peminat dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, di sini, pada jam 7.30 malam, dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat.

Pada tinjauan di kediaman keluarga arwah, beberapa petugas media juga sudah mula kelihatan.

Namun, tidak dibenarkan berada di dalam dan perkarangan rumah bagi menghormati permintaan keluarga yang mahukan privasi.

Jenazah Allahyarham Adibah dibawa ke Masjid Al Ansar, Keramat pada jam 9 pagi untuk dimandi dan dikafankan seterusnya disolatkan.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Keramat Permai pada jam jam 10:30 pagi ini. - HM Online

Berita Harian X