Isnin, 6 Jun 2022 | 8:30am
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (tengah) menyampaikan trofi Excellence In Media Communication kepada Muhammad Shahrir di Kota Bharu, baru-baru ini.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (tengah) menyampaikan trofi Excellence In Media Communication kepada Muhammad Shahrir di Kota Bharu, baru-baru ini.

Molek FM terima pengiktirafan

KUALA LUMPUR: Di sebalik gelombang pandemik COVID-19, stesen baharu Media Prima Audio (MPA) iaitu Molek FM terus berkembang dalam mengukuhkan kedudukan dan bergerak pantas seiring kehendak pasaran serta pendengar di Pantai Timur.

Mula beroperasi Januari lalu, usaha penyampai Molek FM sentiasa memberikan persembahan terbaik kepada pendengar memahat kenangan manis.

Molek FM dianugerahkan trofi Excellence In Media Communication bagi kategori radio menerusi Anugerah Perniagaan Keusahawanan Kelantan 2022 yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 31 Mei lalu.

Pengurus Kandungan Molek FM, Muhammad Shahrir Ainudin, bersyukur stesen yang baru beroperasi kira-kira empat bulan itu mencipta sejarah apabila memenangi trofi Excellence In Media Communication.

"Molek FM mula bersiaran pada pertengahan Januari lalu. Setakat ini, sambutan pendengar Pantai Timur amat positif dan memberangsangkan.

"Saya mewakili pengurusan Molek FM dan barisan penyampai Molek FM iaitu Mek Zura, Fizie Roslan, Kamilia, DJ Nazz, Mat Dan dan Kai Hassan bersyukur atas penghargaan ini.

"Ia adalah satu pencapaian baik buat stesen radio Molek FM. Penghargaan ini juga menyuntik semangat dalam mempersembahkan lebih banyak kandungan dan pengisian menarik pada masa akan datang," katanya.

Muhammad Shahrir berkata, setinggi penghargaan buat Gu Kito yang sentiasa menyokong Molek FM.

"Diharap stesen radio Molek FM terus menjadi peneman setia pendengar setiap masa dan di mana sahaja berada," katanya.

Molek FM pula boleh didengari menerusi frekuensi 105.1 FM di Kota Bharu dan 93.6 FM di Kuala Terengganu.

Secara alternatif, pendengar juga boleh mendengar Molek FM secara live streaming di www.molekfm.audio dan YouTube Molek TV.

Untuk mengetahui pelbagai info lanjut mengenai Molek FM, boleh mengikuti laman sosial Molek FM di Facebook (Molekfm), Instagram (@molekfm), TikTok (@molekfm) dan Twitter (@MolekFM) atau aplikasi WhatsApp 019-3365656.

Dengarkan juga Molek FM menerusi aplikasi Audio+ yang boleh dimuat turun menerusi Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Berita Harian X