Jumaat, 20 Mei 2022 | 11:00am
Mohd Zawawi (tengah) bersama Mek Zura dan Mat Dan pada majlis penyerahan kunci Nissan Navara di Sri Pentas, baru-baru ini. - Foto Ihsan Molek FM
Mohd Zawawi (tengah) bersama Mek Zura dan Mat Dan pada majlis penyerahan kunci Nissan Navara di Sri Pentas, baru-baru ini. - Foto Ihsan Molek FM

Mohd Zawawi bawa pulang Nissan Navara

KUALA LUMPUR: Berjaya memilih kunci tepat bagi membuka kotak hadiah dalam cabaran Grand Finale Lagu Molek Navara anjuran stesen radio naungan Media Prima Audio (MPA), Molek FM, Februari lalu, jejaka dari Kampung Losong Atap Zin, Kuala Terengganu, Mohd Zawawi Ismail memenangi trak pikap, Nissan Navara.

Ahad lalu, Mohd Zawawi menerima kunci kenderaan serba baharu itu daripada Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM dan Molek FM, Nik Nor Azura Nik Mahmood di pekarangan Sri Pentas di Bandar Utama, Petaling Jaya untuk dibawa pulang ke Kuala Terengganu.

Grand Finale Lagu Molek Navara berlangsung di KTCC Mall, Kuala Terengganu, Februari lalu.

Kempen Lagu Molek Navara mengumpul 80 pendengar bertuah yang melayakkan diri ke pusingan Grand Finale Lagu Molek Navara.

Peserta, penyampai stesen radio Molek FM dan artis seperti Wany Hasrita, Wani Syaz dan Alif Iskandar sama-sama menghangatkan acara Grand Finale Lagu Molek Navara yang menyediakan ganjaran trak pikap, Nissan Navara.

Nik Nor Azura berharap hadiah trak pikap itu diharap dapat memudahkan urusan harian Mohd Zawawi.

"Tahniah diucapkan kepada Mohd Zawawi yang menjadi pemenang utama dan memenangi Nissan Navara.

"Terima kasih juga kepada peserta lain yang menyertai program Lagu Molek Navara sebelum ini," katanya.

Mohd Zawawi bersama isteri dan dua cahaya matanya ketika menerima kunci kenderaan serba baharu trak pikap, Nissan Navara. - Foto Ihsan Molek FM
Mohd Zawawi bersama isteri dan dua cahaya matanya ketika menerima kunci kenderaan serba baharu trak pikap, Nissan Navara. - Foto Ihsan Molek FM

Nik Nor Azura berkata, pihaknya teruja kerana biarpun Molek FM baru beberapa bulan ke udara, sambutan diterima daripada pendengar sangat menggalakkan.

"Kami amat hargai sokongan diberi," katanya.

Nik Nor Azura berkata, pendengar boleh berinteraksi bukan hanya melalui frekuensi malah menerusi platform digital seperti YouTube Molek TV dan aplikasi audio+.

Molek FM boleh didengari menerusi frekuensi 105.1 FM di Kota Bharu dan 93.6 FM di Kuala Terengganu.

Secara alternatif, pendengar juga boleh mengikuti Molek FM secara live streaming di www.molekfm.audio dan YouTube Molek TV.

Untuk mengetahui pelbagai info lanjut mengenai Molek FM, ikuti laman sosial Molek FM di Facebook Molekfm, Instagram @molekfm TikTok @molekfm dan Twitter @MolekFM serta Whatsapp di 019-336 5656.

Dengarkan juga Molek FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Berita Harian X