Ahad, 1 Mei 2022 | 11:00am
Puteri Sarah bersama dua cahaya mata, Syaikhul dan Sumayyah tekad ke Tanah Suci tanpa suami di sisi. - Foto IG Puteri Sarah Liyana
Puteri Sarah bersama dua cahaya mata, Syaikhul dan Sumayyah tekad ke Tanah Suci tanpa suami di sisi. - Foto IG Puteri Sarah Liyana
Puteri Sarah cari ketenangan dan petunjuk Allah sebelum membuat keputusan terbesar dalam hidup. - Foto IG Puteri Sarah Liyana
Puteri Sarah cari ketenangan dan petunjuk Allah sebelum membuat keputusan terbesar dalam hidup. - Foto IG Puteri Sarah Liyana
Puteri Sarah mahu mulakan hidup baharu, enggan terus didera mental dan emosi sekembali mengerjakan umrah. - Foto IG Puteri Sarah Liyana
Puteri Sarah mahu mulakan hidup baharu, enggan terus didera mental dan emosi sekembali mengerjakan umrah. - Foto IG Puteri Sarah Liyana

'Bila cinta dikhianati'

KUALA LUMPUR: Bagaikan letusan lahar gunung berapi, begitulah gejolak hati aktres jelita, Puteri Sarah Liyana, 37.

Akhirnya, derita selama empat tahun yang membebani jiwa dilepaskan satu demi satu.

Di sebalik senyuman manis, siapa sangka ada sengsara yang sarat terbenam dalam jiwanya.

Cukuplah empat tahun jiwa tersiksa, cinta dikhianati dan hidup sering 'makan hati berulam jantung'. Puteri Sarah enggan menanggung penyiksaan lebih parah hingga menyebabkannya berdepan penderaan emosi dan mental.

Selama ini, segala-galanya 'ditelan' hidup-hidup disebabkan mahu mempertahankan rumah tangga dibina atas dasar cinta bersama pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof selama lapan tahun.

Namun, setiap kesabaran tentu ada batasannya. Selama ini, derita ditanggung terpikul atas bahunya sendiri, tanpa mampu dikongsi dengan sesiapa.

Hari ini, segala-galanya bagaikan terluah sebelum pelakon yang diperkenalkan menerusi drama popular, Dunia Anita itu berangkat mengerjakan umrah buat kali kelima di Tanah Suci Makkah dengan tenang, baru-baru ini.

Perjalanan kali ini lebih lama hanya ditemani cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3, dan dua pembantu rumah tanpa Syamsul. Puteri Sarah juga bakal menyambut Aidilfitri di kota suci, Makkah, sebelum meneruskan percutian selama seminggu ke Turki.

Sambil merenung jauh, Puteri Sarah berkata, niat pertamanya sebaik pintu sempadan negara dibuka adalah mengerjakan ibadah umrah pada bulan Ramadan, selain mengejar Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir dan mohon petunjuk Allah ketika berada di Tanah Suci Makkah.

"Empat tahun ini kehidupan saya bagaikan 'roller coaster', sering diuji dan penuh cabaran. Jujurnya, saya sudah tidak mampu mempertahankannya lagi.

"Kemelut rumah tangga saya bagaikan tidak kesudahan dan tiada jawapan pasti, apatah lagi, diuji dengan gangguan orang ketiga, sekali gus mendera emosi dan mental.

"Hanya pada Allah saya meluahkan kesengsaraan disebabkan tidak mampu berkongsi dengan sesiapa demi menjaga maruah diri dan keluarga.

"Namun, saya juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Saya bukannya 'bangkai bernyawa' yang boleh terus menelan gangguan orang ketiga berterusan selama empat tahun.

"Hari ini, saya lega apabila segala yang terbuku di hati sudah pun terluah, sebelum saya berangkat ke Tanah Suci. Saya mahu mengerjakan ibadat dengan tenang, selain mohon petunjuk Allah."

Puteri Sarah bersama dua cahaya mata, Syaikhul dan Sumayyah tekad ke Tanah Suci tanpa suami di sisi. - Foto IG Puteri Sarah Liyana
Puteri Sarah bersama dua cahaya mata, Syaikhul dan Sumayyah tekad ke Tanah Suci tanpa suami di sisi. - Foto IG Puteri Sarah Liyana

Wanita kelahiran London, England itu berkata, dia reda dengan apa juga petunjuk Allah.

"Tentunya saya mohon Allah berikan hidayah kepada manusia yang menyakiti hati saya, selama ini.

"Saya mahu memulakan kehidupan baharu sekembali dari Tanah Suci. Apapun detik hati dan petunjuk yang Allah berikan, itulah yang saya akan ikut.

"Buat masa ini, saya tak berani nak cakap apa-apa. Apapun keputusan saya selepas ini, itu adalah petunjuk Allah.

"Saya tak mampu nak tanggung sengsara seumur hidup. Saya perlukan ketenangan dalam mencari jalan keluar daripada

kemelut rumah tangga tak berpenghujung," katanya secara eksklusif kepada BH Online.

Namun, pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie dan Usin UFO itu berkata, dia masih memberikan suaminya ruang sekiranya mahu memperbaiki perhubungan yang dingin, selama ini.

"Jika ditakdirkan jodoh bersama Syamsul masih panjang, saya terima. Namun, jika Allah sudah menetapkan, cukup-cukuplah empat tahun tanggung derita, saya reda dengan apa juga takdir yang tercipta.

"Segala-galanya bukan keputusan mudah, apatah lagi, sudah lapan tahun hidup bersama. Keluarga mentua pula terlalu baik, melayan saya seperti anak sendiri dan menyayangi Syaikhul dan Sumayyah tanpa berbelah-bahagi.

"Namun, 'no turning back' ketika pintu hati sudah tertutup rapat," katanya dengan sebak.

Puteri Sarah cari ketenangan dan petunjuk Allah sebelum membuat keputusan terbesar dalam hidup. - Foto IG Puteri Sarah Liyana
Puteri Sarah cari ketenangan dan petunjuk Allah sebelum membuat keputusan terbesar dalam hidup. - Foto IG Puteri Sarah Liyana

Mengulas mesej diterima menerusi berpuluh-puluh akaun palsu dipercayai wanita perosak rumah tangga, Puteri Sarah berkata, dia akan meneruskan saman terhadap wanita berkenaan.

"Wanita ini bukan sahaja mengganggu rumah tangga selama empat tahun, malah, turut melakukan penderaan mental dan buli siber menerusi akaun palsu serta mesej diterima.

"Segala bukti sudah diserahkan kepada dua peguam untuk tindakan mengheretnya ke mahkamah. Jadi, tunggu surat saman saya dalam masa yang terdekat.

"Saya akan berjuang habis-habisan untuk mempertahankan hak saya sebagai wanita teraniaya," katanya yang kini berada di Madinah.

Terdahulu, Puteri Sarah akhirnya buka mulut berhubung gangguan orang ketiga hingga menyebabkannya tidak tinggal sebumbung dan hubungan dengan suami dingin, baru-baru ini.

Sejak 2019, Puteri Sarah sering menerima komen menyakitkan hati menerusi akaun palsu dalam laman sosial, dipercayai angkara wanita perosak rumah tangga yang mahu memecahbelahkan rumah tangganya.

Berita Harian X