Sabtu, 30 April 2022 | 3:00pm
Delimawati berkongsi khabar duka mengenai pemergian anaknya, Allahyarham Zulfazli dalam Facebook, kira-kira tiga jam lalu. - Foto Facebook Delimawati
Delimawati berkongsi khabar duka mengenai pemergian anaknya, Allahyarham Zulfazli dalam Facebook, kira-kira tiga jam lalu. - Foto Facebook Delimawati
Satu-satunya anak lelaki Delimawati, Allahyarham Zulfazli menghembuskan nafas terakhir di Hospital Banting, pagi ini.
Satu-satunya anak lelaki Delimawati, Allahyarham Zulfazli menghembuskan nafas terakhir di Hospital Banting, pagi ini.

Anak Delimawati meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon Delimawati Ismail berdepan ujian berat apabila kehilangan satu-satu anak lelakinya, Zulfazli Jaafar menjelang Syawal, pagi ini.

Pelakon yang popular menerusi filem Hantu Kak Limah berkongsi khabar duka mengenai pemergian anaknya itu dalam laman Facebook (FB), kira-kira tiga jam lalu.

"Allahuakbar... Allahuakbar, berat sungguh dugaan yang kau berikan di hujung Ramadan ini.

"Kau jemput satu-satunya anak lelaki tunggalku yang mempunyai tanggungan anak masih kecil. Pergilah sayang, ibu merelakan pemergianmu.

"Semoga Allah menempatkan anak ibu di syurga. Ya Allah, lapangkan kubur anakku, Zulfazli Jaafar. Cantikkanlah rumah baharunya.

"Ibu ampunkan segala-galanya. Tenanglah kamu di sana. Tunggu ibu ye sayang, ibu akan menyusul nanti," tulisnya dalam FB.

Menerusi semakan perkongsian teman arwah dalam FB, Zulfazli meninggal dunia di Hospital Banting, awal pagi ini.

Jenazah dijangka dibawa ke Masjid Al-Amin, Taman Tenaga Puchong untuk disolatkan, sebelum dikebumikan selepas waktu Asar. Namun, semuanya masih bergantung kepada keputusan pemeriksaan bedah siasat dengan persetujuan ahli keluarga.

Bagaimanapun, punca kematian tidak dapat dikenal pasti.

Usaha BH Online menghubungi Delimawati gagal apabila panggilan tidak berjawab dan mesej tidak dibalas.

Berita Harian X