Rabu, 16 Februari 2022 | 3:00pm
Mohd Zawawi menyifatkan kemenangan kenderaan pacuan empat roda, Nissan Navara serta wang tunai RM100 sebagai rezeki anaknya. - Foto Ihsan Media Prima Audio
Mohd Zawawi menyifatkan kemenangan kenderaan pacuan empat roda, Nissan Navara serta wang tunai RM100 sebagai rezeki anaknya. - Foto Ihsan Media Prima Audio

Tuah Zawawi bawa pulang Nissan Navara

KUALA LUMPUR: Jejaka dari Kampung Losong Atap Zin, Kuala Terengganu, Mohd Zawawi Ismail, 32, menewaskan 79 peserta lain pada Grand Finale Lagu Molek Navara dan memenangi kenderaan pacuan empat roda, Nissan Navara serta wang tunai RM100.

Terdahulu, peserta Grand Finale Lagu Molek Navara dipilih berdasarkan individu terpantas memberi tagline Molek FM iaitu Gu Pantai Timur kepada penyampai Molek FM ketika kempen berlangsung.

Pada acara grand finale di Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Mall, peserta melalui tiga cabaran sebelum melayakkan mereka memenangi hadiah istimewa kereta Nissan Navara

Cabaran pertama adalah membuka kotak misteri dengan kunci yang betul. Namun, hanya 30 peserta mara ke pusingan seterusnya.

Pada pusingan kedua, peserta perlu membuka replika pintu menggunakan kunci betul. Bagaimanapun, hanya 10 peserta layak ke pusingan akhir.

Cabaran terakhir bersifat penentuan di mana 10 peserta finalis dikehendaki membuka replika pintu Nissan Navara dan akhirnya, nasib berpihak kepada Mohd Zawawi.

Mohd Zawawi tidak menyangka nasib menyebelahi dirinya.

"Alhamdulillah, kemenangan ini adalah rezeki anak. Saya menjadi orang terakhir berjaya membuka kunci di replika kenderaan berkenaan.

"Insya-Allah, saya akan terus menyokong Molek FM dan terus menjadi pendengar setia," katanya yang mula mendengarkan Molek FM ketika siaran percubaan dan berjaya mendapat akses ke pertandingan itu menerusi segmen Molek 10-3 bersama Izzul.

Barisan penyampai radio Molek FM ketika mengendalikan Grand Finale Lagu Molek Navara di Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Mall, baru-baru ini. - Foto Ihsan Media Prima Audio
Barisan penyampai radio Molek FM ketika mengendalikan Grand Finale Lagu Molek Navara di Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Mall, baru-baru ini. - Foto Ihsan Media Prima Audio

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran, berkata Molek FM berusaha memberi pelbagai kejutan dan penghargaan kepada pendengar terutama penduduk pantai timur.

"Kami akan beri pelbagai kejutan sebagai penghargaan buat pendengar terutama mereka di Pantai Timur. Ini adalah usaha Molek FM untuk mengumpul pendengar setia dan membina komuniti Molek FM.

"Nantikan kempen menarik antaranya Cek Mek Molek FM yang mencari penyampai radio baharu di Molek FM dan banyak lagi," katanya.

Kempen Cek Mek Molek FM bermula sejak 13 Februari lalu bagi mencari bintang radio yang bakal menyertai keluarga besar Molek FM dibarisi Mek Zura, Fizie, Izzul, Mat Dan dan Kai Hassan.

Juara Cek Mek Molek FM bakal memenangi kontrak bernilai lebih RM30,000 bersama Molek FM.

Molek FM boleh didengari menerusi frekuensi 105.1 FM di Kota Bharu dan 93.6 FM di Kuala Terengganu.

Secara alternatif, pendengar juga boleh mendengar Molek FM secara live di www.molekfm.audio dan YouTube Molek TV.

Dengarkan Molek FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Berita Harian X