Isnin, 17 Januari 2022 | 1:42pm
Siti Saleha bersama pelakon ‘senior’, Liza Abdullah selepas masing-masing menerima trofi pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, November lalu. Foto IG Siti Saleha
Siti Saleha bersama pelakon ‘senior’, Liza Abdullah selepas masing-masing menerima trofi pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, November lalu. Foto IG Siti Saleha

Siti Saleha sah bercerai

KUALA LUMPUR: Pelakon Siti Saleha, 32, sah bercerai dengan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 36, dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, hari ini.

Siti Saleha mengaku perceraian itu berlaku secara baik dan reda jodoh dengan Ahmad Lutfi hanya bertahan empat tahun.

Siti Saleha mengaku tiada persefahaman dengan bekas suami dan mereka bercerai cara baik. Foto IG Siti Saleha
Siti Saleha mengaku tiada persefahaman dengan bekas suami dan mereka bercerai cara baik. Foto IG Siti Saleha

"Okay, untuk hari ini, kami sudah bercerai secara baik. Jodoh kami tidak panjang, sampai di sini sahaja. Itu sajalah saya nak cakap. Selebihnya, saya tak nak ulas apa-apa," katanya kepada Harian Metro Online.

Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku ini juga enggan mengulas lanjut mengenai butiran berkenaan prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang.

"Kami tiada persefahaman, itu sahaja... Terima kasih," katanya.

Terdahulu, pada 13 Oktober tahun lalu, Siti Saleha mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap Ahmad Lutfi. Siti Saleha dilaporkan berkata, ia dilakukan atas kebenaran mahkamah.

Berita keretakan rumah tangga mereka agak mengejutkan kerana Siti Saleha tidak pernah berkongsi masalah peribadi secara terbuka dalam media sosial atau media massa.

Kali terakhir pelakon itu memuat naik gambar bersama suami pada 24 Mac tahun lalu. Hantaran itu sempena meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Ahmad Lutfi yang ke-35.

Pasangan berkenaan melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017 dan tidak dikurniakan cahaya mata. - HM Online

Berita Harian X