Isnin, 13 September 2021 | 6:19pm
Shuib bersama tiga cahaya matanya, Uwais, Dzahira Talita dan Ariq Matin. - Foto IG Shuib Sepahtu
Shuib bersama tiga cahaya matanya, Uwais, Dzahira Talita dan Ariq Matin. - Foto IG Shuib Sepahtu

'Shuib jumpa Ayash selepas 40 hari lahir'

KUALA LUMPUR: Pelawak popular, Shuib Sepahtu menyifatkan peluang bertemu cahaya mata keempat, Ayash Affan yang berusia 40 hari sebagai hadiah ulang tahun ke-37 paling bermakna buatnya.

Ayash dilahirkan tidak cukup bulan masih ditempatkan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak dilahirkan pada 6 Ogos lalu.

Shuib menyambut ulang tahun kelahiran, semalam, berkongsi berita gembira menerusi laman Instagram (IG) apabila bertemu Ayash, hari ini.

Shuib berkongsi bertemu Ayash selama tiga jam di HCTM, UKM, hari ini. - Foto IG Shuib Sepahtu
Shuib berkongsi bertemu Ayash selama tiga jam di HCTM, UKM, hari ini. - Foto IG Shuib Sepahtu

"Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Nikmat yang cukup indah bila dapat meluangkan masa tiga jam dengan Ayash Affan.

"Syukur, Ayash sihat, berat sudah 2.6 kilogram, menyusu kuat dan comel sangat.

"Muka macam daddy laa ibu. Memang special sangat, hadiah dari ibu. Allahuakbar. I wish u are here Sayang. I love u," tulis Shuib dalam hantaran IG Story, petang ini.

Shuib yang tercalon dalam kategori Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 turut mengimbau perbualan dengan arwah isteri yang berulang kali meminta menjaga anak keempat apabila dilahirkan, tanpa mengetahui petanda arwah isteri akan meninggalkan mereka sekeluarga buat selama-lamanya, pagi tadi.

Shuib mengimbau perbualan bersama arwah Siti Sarah yang berulang kali meminta menjaga Ayash tanpa mengetahui petanda arwah akan pergi. - Foto IG Shuib Sepahtu
Shuib mengimbau perbualan bersama arwah Siti Sarah yang berulang kali meminta menjaga Ayash tanpa mengetahui petanda arwah akan pergi. - Foto IG Shuib Sepahtu

"Alhamdulillah, hari ini jumpa Ayash. Masih ingat lagi ibu selalu cakap benda yang sama berulang kali. Baby keempat ini u jaga tau. U jaga tau, u jaga ok.

"Insya-Allah sayang, i akan jaga dia macam mana jaga u. Sampailah dia jadi anak yang soleh. Anak yang akan menjadi kebanggaan u, dunia dan akhirat. Anak yang selalu dekat dengan Allah, cuma i mohon u doakan.

"Perjalanan i masih jauh. Doakan i selalu kuat. I love u sayang," tulisnya.

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), HCTM, UKM akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi pada 9 September lalu.

Beliau meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia 40 hari.

Berita Harian X