Sabtu, 21 November 2020 | 11:10pm
Sherry dan Haziq mengendalikan SFMM35 untuk malam kedua. Foto IG Muzik Muzik Official
Sherry dan Haziq mengendalikan SFMM35 untuk malam kedua. Foto IG Muzik Muzik Official

SFMM35 : 7 Nasihat lagu terbaik malam kedua

SHAH ALAM: 7 Nasihat dipilih lagu terbaik pada malam kedua Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam tadi.

Lagu ciptaan Kmy Kmo dan Luca Sickta itu mengetepikan sembilan karya lain.

Shiha menggantikan Siti mempersembahkan lagu 7 Nasihat pada malam kedua SFMM35, malam tadi. Foto IG Muzik Muzik Official
Shiha menggantikan Siti mempersembahkan lagu 7 Nasihat pada malam kedua SFMM35, malam tadi. Foto IG Muzik Muzik Official

Lagu itu dinyanyikan Kmy Kmo dan Luca Sickta bersama Shiha Zikir yang menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Lagu lain yang bersaing adalah Sakit nyanyian Zynakal menampilkan Yonnyboii di mana mereka mencipta dan menghasilkan lirik; Panggung (Apex Tajudin ciptaan Faizal Tahir, Mage, Mike Chan, Karim Karam & Romeo); Kau Sakiti (Amir Masdi ciptaan Faizal, Mike, Ezra Kong, Romeo & Mage) dan Tentang Rahsia (Judika & Shila Amzah ciptaan Farouk Roman).

Turut bertanding Bicara Rasa (Ariff Bahran & Sarah Suhairi ciptaan Rudy Kasmaran & Sang Hitam); Takdir Tercipta (Hafiz Suip & Adira ciptaan Ikhwan Fatanna & Ayden Ali;Hutang (Floor 88 ciptaan Zai Hamzah); Aku Bidadari Syurgamu (Aishah ciptaan Ippo Hafiz) dan Sembah (Naim Daniel menampilkan Man Keedal ciptaan Naim dan Iqie Hugh).

Berlangsung tiga malam berturut-turut, sebuah lagu dipilih sebagai karya terbaik pada setiap sesi. Namun, ia bukan jaminan dendangan itu bakal mara ke AJL35 secara automatik.

Semua lagu bertanding dinilai tujuh juri profesional diketuai komposer terkenal, Azmeer.

Minggu ini, Atilia dan ibunya, Salamiah Hassan diundang membuat persembahan dalam acara dikendalikan Sherry Al Hadad dan Haziq Hussni itu.

Berita Harian X