Khamis, 12 November 2020 | 9:14pm
Raptai membabitkan segmen persembahan artis serta persiapan teknikal, pengcahayaan dan susun atur pemuzik dikendalikan mengikut garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM). - NSTP/Asyraf Hamzah

Raptai ABPBH 33 patuh SOP

KUALA LUMPUR: Berpandukan prosedur operasi standard (SOP) ketat, sesi latihan dan raptai penuh malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, lancar.

Raptai membabitkan segmen persembahan artis serta persiapan teknikal, pengcahayaan dan susun atur pemuzik dikendalikan mengikut garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Integrasi, Komersial dan Multimedia, The New Straits Times Press (NSTP) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur ABPBH 33, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman berkata, acara anugerah ini dikendalikan berhemah mengikut garis panduan MKN.

"ABPBH 33 tidak mengundang tetamu mahupun kelab peminat. Axiata Arena boleh memuatkan sehingga 8,000 penonton, tetapi tak sampai 300 warga kerja terbabit.

"Tetamu yang hadir artis yang menang, hos, penyampai trofi, penyanyi yang membuat persembahan dan petugas. Ia bagi mematuhi mematuhi SOP yang ditetapkan MKN dan KKM," katanya kepada BH Online.

Ketua Integrasi, Komersial dan Multimedia, The New Straits Times Press (NSTP) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur ABPBH 33, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman bercakap kepada wartawan ketika sesi raptai Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 di Axiata Arena, Bukit Jalil. - NSTP/Asyraf Hamzah

Penerbit Eksekutif ABPBH 33, Nurhul Huda Khalid berkata, sesi latihan dan raptai penuh dilaksanakan dengan baik biarpun semua petugas perlu mematuhi SOP ketat.

"Kami lebih memberikan perhatian kepada sesi latihan bersama artis dan pemuzik kerana masa yang diberi agak terhad berikutan Lazada 11.11 Super Show di lokasi sama, Rabu lalu.

"Semalam, kami diberi kesempatan mengambil alih lokasi, jadi terpaksa melakukan latihan dari pagi sehingga raptai penuh sebelah malam," katanya.

Penerbit Eksekutif ABPBH 33, Nurhul Huda Khalid. - NSTP/Asyraf Hamzah
Penerbit Eksekutif ABPBH 33, Nurhul Huda Khalid. - NSTP/Asyraf Hamzah

Walaupun terpaksa menempuh cabaran, Nurhul Huda percaya, pihaknya dapat menyajikan edisi terbaru ABPBH yang dikenang penonton.

"Tidak menafikan, cabaran besar dalam merealisasikan anugerah berprestij ini. ABPBH 33 adalah satu-satunya anugerah yang tetap diadakan dalam pandemik COVID-19.

"Saya mahu menegaskan, kami mematuhi panduan yang diberikan MKN dan KKM.

"Saya tahu orang hanya nampak anugerah dari sudut populariti, tetapi tidak tahu di sebalik penerbitan acara ini.

"Sebenarnya, kami berkongsi rezeki dengan ramai yang tidak bekerja ketika pandemik COVID-19 menular.

Ahmad Zaini bersama Pengarang Berita Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir meninjau podium penaja utama ABPBH 33, Xiaomi di Axiata Arena. - NSTP/Asyraf Hamzah
Ahmad Zaini bersama Pengarang Berita Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir meninjau podium penaja utama ABPBH 33, Xiaomi di Axiata Arena. - NSTP/Asyraf Hamzah

"Antara mereka adalah pemuzik, penari, pengawal keselamatan, pekerja penyelenggara dan pembersihan serta ramai lagi.

"Dengan adanya anugerah ini, kami membantu ramai yang hilang punca rezeki. Jadi, janganlah terlalu mengecam, kami pun mencari rezeki kerana inilah sumber pendapatan," katanya.

Berita Harian X