Sabtu, 31 Oktober 2020 | 9:29pm
Aktor yang terkenal dengan watak James Bond meninggal dunia pada usia 90 tahun. - Foto AGENSI
Aktor yang terkenal dengan watak James Bond meninggal dunia pada usia 90 tahun. - Foto AGENSI

James Bond meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Aktor yang terkenal dengan watak James Bond, Sean Connery meninggal dunia pada usia 90 tahun, hari ini.

Memetik laporan BBC, berita sedih berkenaan disahkan keluarga aktor kelahiran Edinburgh, Scotland itu.

Bagaimanapun, maklumat lanjut berhubung punca kematiannya belum didedahkan.

Wajah Sean Connery ketika menyambut ulang tahun ke-90, Ogos lalu. - Foto AGENSI
Wajah Sean Connery ketika menyambut ulang tahun ke-90, Ogos lalu. - Foto AGENSI

Connery, aktor pertama membawa watak ejen perisik British popular ke layar perak pada 1962 dan memegang nombor perisik 007 sepanjang tujuh francais filem itu dihasilkan.

Pada 1988, beliau menerima anugerah Oscar pertama apabila wataknya sebagai pegawai polis dalam filem The Untouchables dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik.

Connery dianugerahkan gelaran 'Sir' oleh Ratu England pada 2000 dan baru meraikan ulang tahun ke-90, Ogos lalu. - AGENSI

Berita Harian X