Sabtu, 24 Oktober 2020 | 6:36pm
Sebanyak 24 kelab peminat yang bertanding dan berkongsi video TikTok kreatif berpeluang memenangi hadiah menarik daripada penaja, Xiaomi.
Sebanyak 24 kelab peminat yang bertanding dan berkongsi video TikTok kreatif berpeluang memenangi hadiah menarik daripada penaja, Xiaomi.

Kelab peminat rebut gelaran Anugerah FC #FANtastik Popular

KUALA LUMPUR: Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) edisi ke-33 dalam norma baharu menjalinkan kerjasama dengan TikTok dan buat julung kalinya memperkenalkan kategori khas untuk menghargai kelab peminat menerusi laman aplikasi TikTok.

Video kelab peminat yang meraih undian tertinggi akan dinobatkan Anugerah FC #FANtastik Popular.

Sebanyak 24 kelab peminat atau FC yang sebahagian besarnya mewakili artis bertanding dalam pelbagai kategori pada ABPBH 33 serta aktif menjayakan kempen ABPBH sejak beberapa tahun lalu, mengambil bahagian dalam pertandingan berkenaan.

Antara kelab peminat yang bertanding termasuklah Adamleenizers, Alifsatarofficialfc, Arasquadrasmi, CMsecretfans, DJLinfollowers, Emanizers_thenizers, Wlfs4eva, Fattastic_squad, Feekryers, Fl88rwers, Intanadmirers, Officially_izzuezerss, Janna_nicker, 302family, Khaibaharempire, Awarians_official, Radinrangers, Sherryliciousfc, Sitinordianafc, Teamsgs, Sweetqisminizers, Wanyhasnizers, Ztf_official dan Sitizoner.

Pengarang Berita Hiburan BH merangkap Pengarah Jawatankuasa Penganjur ABPBH 33, Shamshul Azree Samshir.
Pengarang Berita Hiburan BH merangkap Pengarah Jawatankuasa Penganjur ABPBH 33, Shamshul Azree Samshir.

Bagi memeriahkan penganjuran ABPBH 33, peminat boleh berkongsi video TikTok paling kreatif menggunakan lagu Xiaomi, 'Xiaomi For Me' yang dinyanyikan oleh artis Yonniboii dan Shalma Eliana bersama gaya tarian yang ditetapkan dengan hashtag #ABPBHKITA2020.

Video paling kreatif dengan tontonan paling tinggi berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik daripada penaja, Xiaomi.

Tarikh penyertaan dan undian dilakukan menerusi aplikasi TikTok sejak 21 Oktober lalu sehingga 8 November ini.

Pengarang Berita Hiburan BH merangkap Pengarah Jawatankuasa Penganjur ABPBH 33, Shamshul Azree Samshir berkata, pihak BH, selaku penganjur ABPBH membuat penambahbaikan dalam kategori dipertandingkan sebagai penghargaan kepada kelab peminat yang sentiasa setia menyokong industri seni tanah air.

Katanya, ia sekali gus memainkan peranan penting dalam memartabatkan penganjuran ABPBH untuk kekal relevan selama lebih tiga dekad.

"Sesuai dengan norma baharu pada masa ini, kami bekerjasama dengan TikTok untuk memberi ruang dan peluang kepada kelab peminat menunjukkan kreativiti masing-masing dan meneruskan sokongan terhadap artis kesayangan dengan menggunakan laman sosial video TikTok," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, bertepatan dengan tema #ABPBHKITA2020, BH sentiasa memastikan segala aktiviti dan promosi penganjuran ABPBH pada tahun ini selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan serta mematuhi arahan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Antara video #ABPBHKITA2020 yang dimuat naik kelab peminat bagi merebut gelaran Anugerah FC #FANtastik Popular menerusi aplikasi TikTok.
Antara video #ABPBHKITA2020 yang dimuat naik kelab peminat bagi merebut gelaran Anugerah FC #FANtastik Popular menerusi aplikasi TikTok.

Sejarah bakal tercipta buat ABPBH 33 kerana acara ini adalah anugerah berprestij yang pertama di Malaysia yang akan disiarkan secara langsung menerusi laman aplikasi TikTok pada Jumaat, 13 November 2020.

Mempertandingkan 13 kategori utama dan lima kategori 'online', pemilihan artis popular masih lagi dibuka sehingga 8 November ini menerusi laman www.web abpbh.com.my.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan informasi terkini ABPBH 33, boleh ikuti laman sosial Facebook dan Instagram BH.

Berita Harian X