Sabtu, 10 Oktober 2020 | 11:01am
Leong menunjukkan kepada Haiza cara menggunakan telefon pintar terbaru, Mi 10T Series pada pelancaran virtual ABPBH 33, malam tadi. Foto NSTP/Shamshul Azree Samshir
Leong menunjukkan kepada Haiza cara menggunakan telefon pintar terbaru, Mi 10T Series pada pelancaran virtual ABPBH 33, malam tadi. Foto NSTP/Shamshul Azree Samshir

ABPBH 33 platform perkenal produk

KUALA LUMPUR: Rekod cemerlang Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) yang diiktiraf acara hiburan pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia menjadi faktor menarik minat syarikat elektronik multinasional China, Xiaomi menjadi penaja utama bagi edisi ke-33 acara berprestij ini.

Presiden Serantau Asia Tenggara Xiaomi, K M Leong, berkata ABPBH diibarat platform yang cukup dikenali dalam kalangan 'anak-anak Malaysia' dan kelebihan itu mendorong syarikat meneroka pasaran tempatan melalui acara berprestij ini.

"Kami terbuka dengan jalinan kerjasama seumpama ini. Sejak kecil, saya sedar kewujudan acara anugerah kebanggaan akhbar BH ini dalam menyatukan peminat dan selebriti.

"Itu menjadi antara misi kami dalam menembus dan mengembangkan pasaran. Umum tahu ABPBH ditonton pelbagai peringkat umur.

Leong bersama telefon pintar terbaru, Mi 10T Series yang dipromosikan sepanjang penajaan ABPBH 33. Foto NSTP/Shamshul Azree Samshir
Leong bersama telefon pintar terbaru, Mi 10T Series yang dipromosikan sepanjang penajaan ABPBH 33. Foto NSTP/Shamshul Azree Samshir

"ABPBH menjadi ruang terbaik kami memasarkan teknologi Xiaomi yang boleh dibeli pada harga berpatutan dan diakses di mana-mana. Menjadi suatu kerugian buat kami jika tidak menjalinkan kerjasama penuh bermakna ini," katanya kepada BH Online.

Sebelum itu, Leong ditemuramah pengacara Haiza secara langsung menceritakan mengenai kerjasama Xiaomi dengan ABPBH dan koleksi telefon pintar terbaru, Mi 10T Series.

Leong berkata, ABPBH menjadi platform terbaik untuk syarikat berkongsi kehebatan teknologi Xiaomi.

"Pastinya ini dapat menambah kelompok peminat Xiaomi iaitu pelanggan baharu dan rakyat Malaysia yang selama ini menjadi tulang belakang perniagaan kami," katanya.

Leong berkata, syarikat melancarkan dua produk telefon pintar dikenali sebagai Mi 10T Pro dan Mi 10T yang dicipta dengan spesifikasi canggih.

"Dua model telefon pintar ini menjadi penanda aras di mana gajet ini lengkap dengan pelbagai aspek seiring kepesatan teknologi. Pastinya dua model telefon pintar ini menjadi pilihan wajib untuk dibeli," katanya.

Leong berkata, syarikat juga menghangatkan lagi proses pencarian pemenang dengan menawarkan undian berganda melalui Kod QR dan pembelian telefon pintar terbaru, Mi 10T Series.

"Peminat boleh pergi ke 37 cawangan sah kami di seluruh negara dan imbas kod QR untuk mendapat lebih undi. Pembeli telefon pintar koleksi Mi 10T Series pula layak mendapat 20,000 undian," katanya.

Berita Harian X