Rabu, 16 September 2020 | 6:42pm
Mayat Sei Ashina ditemui abangnya selepas panggilan telefon dan mesej tidak dijawab. - Foto AGENSI
Mayat Sei Ashina ditemui abangnya selepas panggilan telefon dan mesej tidak dijawab. - Foto AGENSI

Sei Ashina bunuh diri

KUALA LUMPUR: Aktres dari Jepun, Sei Ashina, 36, ditemui mati dipercayai bunuh diri di apartmennya di Tokyo, Isnin lalu.

Mengikut portal Variety.com, mayat pelakon drama bersiri, Kamen Rider Hibiki

ditemui abangnya selepas panggilan telefon dan mesej tidak dijawab sejak hujung minggu lalu.

"Polis Tokyo dan agensinya mengesahkan Ashina mati dipercayai membunuh diri.

"Motif tidak diketahui dan Ashina tidak meninggalkan nota.

"Mayatnya ditemui abangnya selepas Ashina tidak menjawab panggilan telefon sejak 13 September lalu," lapor portal berkenaan.

Sebelum Ashina, beberapa bintang ternama Jepun seperti Haruma Miura dan Hana Kimura turut mengakhiri hidup dengan cara tragis membunuh diri.

Ashina melebarkan sayap sebagai model pada usia remaja dan mula langkah ke dunia lakonan menerusi drama The Tail Of Happiness pada 2002.

Kerjayanya terus mekar selepas membintangi drama Silk yang menghimpunkan pelakon Jepun, Kanada dan Itali pada 2007. Ashina berjaya menewaskan 800 calon artis lain merebut tawaran watak diberikan.

Sepanjang kerjaya seninya, Ashina mengisi suara untuk karakter Emily Thorne untuk drama bersiri, Revenge dalam versi Jepun pada 2011.

Ashina lahir pada 22 November 1983 di Fukushima, Jepun. - AGENSI

Berita Harian X