Selasa, 25 Ogos 2020 | 7:01pm
Wajah terbaharu Fazura yang hamil lapan bulan pada majlis pelancaran produk penjagaan kulit, Fazura Skincare di Sungai Buloh, hari ini. Foto NSTP/Rohanis Shukri
Wajah terbaharu Fazura yang hamil lapan bulan pada majlis pelancaran produk penjagaan kulit, Fazura Skincare di Sungai Buloh, hari ini. Foto NSTP/Rohanis Shukri

Fazura tersentuh kesabaran Fattah

SUNGAI BULOH: Pelakon, Nur Fazura terharu atas kesabaran suami, Fattah Amin melayan kerenahnya sejak hamil.

Berkongsi kisah yang pernah terjadi, Fazura yang sedang hamil lapan bulan memberitahu, Fattah sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi keinginannya.

"Pada awal kehamilan, saya agak cerewet soal makanan. Pernah suatu hari, Fattah membelikan sandwich dan saya pula tidak menggemari sos atau mayonis.

"Melihat sandwich dibeli mengandungi bahan terbabit, saya terus menangis.

Fazura rasa bersalah terhadap Fattah yang cukup sabar melayan kerenahnya sejak awal kehamilan. Foto NSTP/Rohanis Shukri
Fazura rasa bersalah terhadap Fattah yang cukup sabar melayan kerenahnya sejak awal kehamilan. Foto NSTP/Rohanis Shukri

"Fattah kemudian tenangkan saya. Dia sanggup keluar semula semata-mata mahu membelikan sandwich baharu," katanya ketika ditemui pada majlis 'Tea Party With Fazura' di sini, hari ini.

Pemegang trofi Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-27 ini turut menyifatkan suaminya mudah mengalah.

"Melihat kesabarannya melayan, saya terus minta ampun kerana rasa bersalah dan kasihankan dia.

"Suami turut menangkan saya dalam apa sahaja perkara," katanya.

Pada majlis itu, Fazura turut melancarkan jenama penjagaan kulit, Fazura Skincare.

Set eksklusif ditawarkan dilengkapi pencuci wajah, skrub, krim siang dan malam serta serum bersaiz mini.

Berita Harian X