Jumaat, 7 Ogos 2020 | 11:00am
Ezad Lazim bersama arwah ibunya, Rosada Jahaya yang meninggal dunia, pagi tadi. - Foto Ezad Lazim
Ezad Lazim bersama arwah ibunya, Rosada Jahaya yang meninggal dunia, pagi tadi. - Foto Ezad Lazim

Ibu Ezad meninggal dunia

KUALA LUMPUR: "Al-Fatihah. Ya Allah, Mak... Bangchik balik ni," demikian muat naik status penyanyi, Ezad Lazim menerusi laman Facebook memaklumkan berita pemergian ibu tersayang, pagi ini.

Allahyarham ibunya, Rosada Jahaya, 69, rebah dalam bilik air di kediamannya di Alor Setar, Kedah kira-kira jam 6.30 pagi.

Isteri Ezad, Zeana Ramli memaklumkan, arwah ibu mentua mempunyai penyakit darah tinggi.

"Kami reda atas pemergiannya. Kami dalam perjalanan pulang ke Alor Setar. Allah SWT menjemputnya pada hari segala penghulu, Jumaat.

"Insya-Allah, jenazah arwah ibu mentua akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Uda selepas Asar, hari ini.

"Arwah meninggalkan empat cahaya mata dan 10 cucu. Bakal bakal menerima cicit pada penghujung bulan ini ," katanya kepada BH Online.

Zeana berkata, arwah kehilangan suami pada 6 Ogos 2019.

"Semalam genap setahun pemergian arwah bapa mentua, hari ini ibu mentua pula menyusul," kata Zeana lagi.

Berita Harian X