Jumaat, 22 Mei 2020 | 8:30am
Datuk Seri Siti Nurhaliza antara selebriti popular yangmenjadi tetamu undangan Puan Sri Nisa Bakri dalam program Selera NisaBakri.
Datuk Seri Siti Nurhaliza antara selebriti popular yangmenjadi tetamu undangan Puan Sri Nisa Bakri dalam program Selera NisaBakri.

Air tangan artis popular

KUALA LUMPUR: Siapa kata selebriti popular tak pernah masuk dapur? Melihat kecekapan 13 selebriti popular mempamerkan kebolehan menyediakan pelbagai resipi membuktikan mereka tidak kekok memasak.

Menyediakan pelbagai resipi menyelerakan, mereka mempamerkan kebolehan beraksi di dapur menerusi program masakan, Selera NisaBakri yang disiarkan di Astro Okey dan Unifi 110, sejak minggu lalu.

Program Selera NisaBakri dikendalikan oleh chef selebriti, Puan Sri Nisa Bakri membawa penonton menerokai pelbagai resipi menarik sepanjang bersiaran selama 13 episod, setiap hari, jam 10 pagi.

Antara selebriti yang diundang termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Erma Fatima, Izzue Islam, Noorkhiriah, Bell Ngasri, Shariff dan Atue Zero. Turut diundang chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan.

Nisa meluahkan rasa syukur kerana program memasak pertama kendaliannya di kaca TV akhirnya dapat direalisasikan.

"Terima kasih kepada selebriti yang terbabit dalam pembikinan program Selera NisaBakri yang juga pengalaman tidak ternilai bagi saya.

"Banyak yang masih perlu dipelajari untuk menjadi lebih baik. Saya masih belajar untuk sesuatu yang baharu bagi mendapat perbezaan dunia masakan, setiap hari.

"Saya tidak pernah berputus asa, setia pada diri sendiri dan dikelilingi rakan positif mempunyai keberanian untuk mengatakan tidak. Saya tak akan berubah fokus biarpun memulakan perjalanan yang sangat sukar pada mulanya," katanya yang juga usahawan perencah segera dan penulis buku, I Am Not A Chef.

Apa yang menarik, program secara santai dan bersahaja itu memberi tunjuk ajar kepada penonton membuat transformasi hidangan yang dipanggil 'fusion' dengan menyuntik elemen baharu dalam pelbagai menu.

Selain perkongsian resipi dan cara memasak, Nisa memberikan tip serta teknik masakan yang bermanfaat buat penonton menerusi lokasi penggambaran yang pelbagai latar panorama alam semula jadi.

Program Selera NisaBakri memilih Kundasang, Sabah yang berlatar belakang Gunung Kinabalu dalam usaha memperkenalkan tempat menarik di negara ini kepada penonton.

Berita Harian X