X
Rabu, 25 March 2020 | 1:00pm
Sufian Suhaimi bersama komposer, Ikhwan Fatanna, Wan Saleh dan penulis lirik, Datuk A Aida ketika rakaman untuk penghujung drama. - Foto Sufian Suhaimi
Sufian Suhaimi bersama komposer, Ikhwan Fatanna, Wan Saleh dan penulis lirik, Datuk A Aida ketika rakaman untuk penghujung drama. - Foto Sufian Suhaimi
Komposer, Ikhwan Fatanna, Wan Saleh dan penulis lirik, Datuk A Aida memberi tunjuk ajar kepada Sufian Suhaimi ketika rakaman. - Foto Sufian Suhaimi
Komposer, Ikhwan Fatanna, Wan Saleh dan penulis lirik, Datuk A Aida memberi tunjuk ajar kepada Sufian Suhaimi ketika rakaman. - Foto Sufian Suhaimi
Sufian Suhaimi menempuh pengalaman baharu ketika merakamkan single, Inikah Dikatakan Cinta. - Foto Sufian Suhaimi
Sufian Suhaimi menempuh pengalaman baharu ketika merakamkan single, Inikah Dikatakan Cinta. - Foto Sufian Suhaimi

Sufian dibuai lamunan cinta

KUALA LUMPUR: Merakamkan lagu menjadi perkara biasa buat penyanyi, Sufian Suhaimi. Bagaimanapun, dibuai lamunan cinta terlebih dahulu, sebelum memasuki studio rakaman tidak pernah dilakukannya.

Inilah yang berlaku ketika merakamkan single terbaharu berjudul Inikah Dikatakan Cinta.

Lagu Inikah Dikatakan Cinta ciptaan komposer, Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh. Liriknya pula hasil nukilan produser, Datuk A Aida. Single berkenaan dijadikan lagu tema drama Di Hujung Ranting terbitan A Aida Production yang bakal disiarkan di saluran RTM pada Ramadan ini.

Sufian berkata, dia teruja sepanjang proses rakaman lagu Inikah Dikatakan Cinta, baru-baru ini.

“Lagu ini memerlukan saya jatuh cinta terlebih dahulu, sebelum rakaman dilakukan. Saya nikmati melodi dan lirik.

“Saya sengaja membiarkan perasaan terbuai dan asyik dalam lamunan cinta. Saya ‘enjoy’, walaupun hakikatnya, tiada cinta dalam hati buat masa sekarang.

“Seperti biasa, ada bahagian yang komposer perlu diperbetulkan. Saya menyanyi seperti apa yang mereka inginkan,” katanya kepada BH Online.

Penyanyi lagu Terakhir dan Di Matamu itu berkata, dia juga memberikan beberapa pilihan nada yang sesuai.

“Alhamdulillah, rakaman berjalan lancar. Mereka juga suka dengan hasil rakaman.

“Ini juga pengalaman pertama saya merakamkan lagu untuk digunakan pada penghujung drama ini nanti,” katanya.

Sufian berkata, dia tidak menjangka akan muncul single baharu dalam masa terdekat. Ini berikutan lagu terbaharu, Janji baru sahaja dilancarkan, bulan lalu.

“Saya anggap rezeki apabila dapat bekerjasama dengan A Aida.

“Saya suka bekerja dengan Ikhwan dan Wan Saleh. Kami pernah bekerjasama, jadi saya tahu hasil kerja mereka.

“Saya jatuh cinta kali pertama mendengar muzik dan membaca lirik lagu ini. Lagu Inikah Dikatakan Cinta sangat ‘catchy’. Saya terharu A Aida memilih saya merakamkan lagu ini,” katanya.

Sementara itu, penerbit dan penulis lirik lagu berkenaan, A Aida menyifatkan Sufian memiliki suara unik.

“Suara Sufian ajaib dan sesuai mendendangkan lagu ini. Dia berjaya menghasilkan dua nada yang sedap didengar sepanjang proses rakaman.

“Saya dengar kualiti vokal Sufian ada kelebihan tersendiri. Kelunakan suaranya lain macam.

“Kadang kala naik bulu roma mendengarnya. Saya puas hati dan seronok bekerja dengan Sufian,” katanya yang bercadang bekerjasama dengan Sufian untuk lagu tema drama lagi.

Sebelum ini, lirik lagu tulisan A Aida iaitu Kisah Cinta Kita nyanyian Hafiz Suip berjaya melangkah ke peringkat Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL 34).

Berita Harian X