Selasa, 17 March 2020 | 11:03am
PELAKON Tom Hanks dan isteri, Rita Wilson. - Foto AFP
PELAKON Tom Hanks dan isteri, Rita Wilson. - Foto AFP

COVID-19: Tom Hanks, isteri kuarantin di rumah

SYDNEY: Pelakon Tom Hanks dan isteri, Rita Wilson yang disahkan positif COVID-19, dibenarkan keluar dari sebuah hospital di Queensland.

Pasangan itu bagaimanapun perlu menyambung tempoh kuarantin di kediaman mereka.

Perkara itu dimaklumkan wakil pengurusan Hanks kepada CNN, semalam.

Minggu lalu, Hanks, 63, mengesahkan beliau dan isteri positif COVID-19.

Hanks dilaporkan berkata, mereka demam ketika berada di Australia di mana beliau dilaporkan sedang menjalani penggambaran sebuah filem baharu memaparkan kisah hidup Elvis Presley.

Mereka mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi rawatan dan menjaga mereka sejak dikuarantinkan akibat COVID-19.

Berkongsi perkembangan terbaru melalui Twitter, Hanks memberitahu, beliau dan isteri diasingkan agar tidak menyebar virus berkenaan kepada orang lain. - AGENSI

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X