Sabtu, 14 March 2020 | 1:00pm
Hanks dan isteri yang dikuarantinkan akibat COVID-19, berkongsi foto terbaru mereka di Twitter. - Foto Twitter Tom Hanks
Hanks dan isteri yang dikuarantinkan akibat COVID-19, berkongsi foto terbaru mereka di Twitter. - Foto Twitter Tom Hanks

COVID-19: Tom Hanks, isteri patuh arahan kuarantin

SYDNEY: Pelakon terkenal, Tom Hanks dan isteri, Rita Wilson mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi rawatan dan menjaga mereka sejak dikuarantinkan akibat COVID-19.

Berkongsi perkembangan terbaru melalui Twitter, Hanks memberitahu, beliau dan isteri diasingkan agar tidak menyebar virus berkenaan kepada orang lain, lapor CNN.

“Ada antara mereka yang sudah disahkan positif COVID-19 boleh membawa kepada kesakitan serius. Namun, kami hadapi semua ini satu persatu.

“Ada perkara yang kita boleh buat dengan mematuhi arahan pakar dan menjaga diri, bukankah begitu,” katanya yang turut mengiringi entri dengan foto terbaru mereka.

Khamis lalu, Hanks, 63, mengesahkan beliau dan isteri positif COVID-19.

Hanks dilaporkan berkata, mereka demam ketika berada di Australia di mana beliau dilaporkan sedang menjalani penggambaran sebuah filem baharu memaparkan kisah hidup Elvis Presley.

“Sebagai langkah wajar, seperti yang diperlukan dunia ketika ini, kami diuji untuk coronavirus dan didapati positif,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Instagram.

Beliau memaklumkan, mereka kini dikuarantin dan dipantau. - AGENSI

Berita Harian X