Sabtu, 7 March 2020 | 8:30am
Sufian enggan membebankan fikiran mengenai soal hati, sebaliknya sibuk menguruskan perniagaan dan karier seni. Foto NSTP/Salhani Ibrahim
Sufian enggan membebankan fikiran mengenai soal hati, sebaliknya sibuk menguruskan perniagaan dan karier seni. Foto NSTP/Salhani Ibrahim

Sufian okay tanpa cinta

KUALA LUMPUR: Tidak kemaruk mencari cinta, Sufian Suhaimi percaya jodoh adalah rahsia Tuhan.

Enggan membebankan fikiran dengan soal hati, Sufian yang bakal menginjak usia 28 tahun pada 3 Mei depan, sabar menanti diketemukan gadis istimewa.

“Masa saya banyak dihabiskan dengan memberi tumpuan kepada kerjaya seni dan perniagaan.

“Terbaru, saya lancarkan buku puisi, Di Matamu : Senandika Sufian Suhaimi... Jadi masa saya sentiasa terisi,” katanya kepada BH Online.

Tambah Sufian, dia sering meluangkan masa dengan anak angkat, Faeq Razeeq yang sentiasa memerlukan perhatian.

Sufian yang baru muncul dengan single Janji ciptaan Ikhwan Fatanna dan lirik nukilan Wan Salleh mengaku selesa dengan komitmen yang ada sekarang.

Berkongsi mengenai buku puisi yang mengandungi 66 sajak dan luahan bicara hatinya, Sufian berkata, idea tercetus ketika bersyair sewaktu mendendangkan lagu Di Matamu pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33.

“Proses menyiapkan buku ini mengambil masa. Buku ini adalah himpunan puisi Melayu. Saya juga hadiahkan puisi kepada negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Berita Harian X