Selasa, 18 Februari 2020 | 7:47pm
Bunga Citra Lestari memeluknya anaknya, Noah Aidan Sinclair selepas pengebumian suami, Ashraf Sinclair di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat. - Foto Detik.com
Bunga Citra Lestari memeluknya anaknya, Noah Aidan Sinclair selepas pengebumian suami, Ashraf Sinclair di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat. - Foto Detik.com

Arwah Ashraf selamat disemadikan, Bunga Citra Lestari mohon doa peminat

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Bunga Citra Lestari (BCL) dilihat tidak mampu menahan air mata saat menyaksikan jenazah suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair dikebumikan kira-kira jam 4.47 petang waktu tempatan atau 5.47 petang waktu Malaysia di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat.

Portal KOMPAS.com melaporkan, usai menabur bunga di pusara, anaknya, Noah Aidan Sinclair menangis seperti histeria. BCL dan keluarga berusaha menenangkan Noah dengan membawanya ke kerusi untuk ditenangkan. Mata Noah menatap tajam ke arah pusara bapanya.

Dalam kenyataan singkat kepada wartawan, BCL masih belum mampu bicara dan hanya mengucapkan terima kasih kepada media yang menunggunya.

“Untuk teman-teman, saya minta doa untuk Ashraf, semoga diberikan jalan lapang dan terbaik untuknya di sana.

“Saya tidak boleh banyak berbicara, saya masih terkejut, segala-galanya begitu cepat. Saya juga belum tidur.

Noah Aidan Sinclair meletakkan jambangan bunga di pusara bapanya, Ashraf Sinclair di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat. - Foto Detik.com
Noah Aidan Sinclair meletakkan jambangan bunga di pusara bapanya, Ashraf Sinclair di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat. - Foto Detik.com

Bunga Citra Lestari masih terkejut dengan pemergian suaminya Ashraf Sinclair secara mengejut. - Foto Detik.com
Bunga Citra Lestari masih terkejut dengan pemergian suaminya Ashraf Sinclair secara mengejut. - Foto Detik.com

“Saya berdepan dengan kehilangan secara mengejut. Saya masih berusaha menerima pemergiannya. Terima kasih kerana datang,” katanya.

Dalam keadaan berduka, BCL berharap banyak doa untuk arwah suaminya.

“Mudah-mudahan Ashraf dapat banyak doa daripada rakan-rakan yang hadir. Terima kasih melaporkan berita yang baik mengenai saya dan arwah selama ini.

“Doakan untuk arwah dan Noah, itu sahaja yang mampu saya ungkapkan hari ini. Saya harap keadaan akan bertambah baik tidak lama lagi,” ujarnya.

Berita Harian X